Sesi Wefie Bersama JDT Blogger

23/05/2017

Koleksi gambar bersama team JDT Blogger yang hadir masa Potluck JDT Blogger yang lepas.

P_20170520_122143_BF

Blogger Nona yang manis. Tapi dia bukan kuih nona manis tu hehe. Nona geng Syamil, berlesung pipit lekuk di pipi. Jom skodeng blog Nona – LIFE WITH LOVE banyak perkongsian di sana. Nona masoh single tapi tak pasti available ke tak hehe. 

P_20170520_122157_BF

Blogger Siti Rohaida atau Eda. Sebaya dengan Ummi 36 tahun tapi jiwa kami muda seusia 26 tahun.. kadang-kadang 16 tahun hahaha. Boleh jengah blog beliau KISAH SI DAIRY ada banyak perkongsian tentang produk, keibubapaan, kehidupan dan lain-lain lagi. Pendek kata cerita mak-mak lah.

P_20170520_122244_BF

Blogger Uyul Rosli. Part time photographer di Redzney Creative Network. Study bidang lain tapi kerja dalam bidang lain. Itulah yang dinamakan rezeki. Budak sorang ni suka perasan dia gemuk padahal tak pun serius tak. Dia kadang-kadang macam ada ilmu magic. Pagi dia boleh ada dekat BP tengahari kat JB petang kat BP semula ehhh malam tetiba kat JB hahaha. Haaa Uyul le tu. Nak tahu lagi cerita pasal dia pergilah skodeng blog UYULROSLI.COM.

P_20170520_122253_BF

Blogger Mia Liana. Tipu la kalau korang tak kenal. Blogger otai yang glamour follower ribu riban. Ilmu blogging penuh di dada dan yang penting tak kedekut ilmu. Suka buat giveaway dan segmen.  Korang nak join kena alert dan rajin-rajin singgah blog kesayangan Kak Mia, MIALIANA.COM banyak juga tips blogging yang boleh diguna pakai.

P_20170520_120840_BF

Blogger Mama Maszull. Very the emak-emak. Surirumah dan grandma yang celik IT. Mama ni rajin sesangat blog walking dan tinggalkam komen. Mama rajin masak dan blog beliau pun banyak resepi. Baru lepas rasa asam pedas ikan mayong air tangan Mama. Ya ampun sedapppppp sangat. Mama ni macam duta Legoland tau rajin sangat pergi event Legoland hehe. Korang kalau tercari-cari resepi atau DIY projek di rumah boleh jengan blog CERITA HATI DARI MAMA MASZULL.

P_20170520_141138_BF

Blogger Kasih Juju. Peramah orangnya suka gelak. Ummi pun suka nyakat Juju. Ibu kepada seorang hero memang tabik spring toing3 kat Juju yang rutin hariannya pergi balik kerja dalam jarak yang jauh demi mencari rezeki. Korang boleh jengah blog KASIH JUJU. Juju rajin share lirik lagu. Lagu-lagunya memang up to date kadang-kadang lagu-lagu Ummi tak pernah dengar pun ada hehe. Porduct review, food review pun ada tau.

P_20170520_122644_BF

Blogger The Real Blogger Mak. Ohhh, tak sempat nak wefie dengan Mak. Mak ni macam budak 17 tahun tapi hakikatnya dah 3 kali urat putus sebab melahirkan 3 orang hero comel-comel belaka. Ummi teringin nak berbesan dengan Mak apakan daya Ummi pun anak hero, kotlah anak susuan Ummi terjodoh dengan anak Mak, Ummi nak pilih si handsome yang matured Adam haha. Boleh gitu? Jom serbu blog THE REAL BLOGGER MAK, banyak info yang dikongsi, tentang mak-mak, anak-anak, food review, product review. Eh lupa nak cakap dalam ramai-ramai JDT Blogger tu, Mak orang pertama yang Ummi kenal masa event Thomas & Friends. Ummi kepoh pergi terjah Mak hahaha.

P_20170520_122701_BF

Blogger Man Mansor. Mar pun tak sempat nak wefie. Jadi kita bagi Kak Mia tumpang wefie hahaha. Mar ni nampak lembut tapi tegas. Suka gila tengok kulit muka dia yang flawless tu. Jangan tak tahu Mar ni handal buat karipap tau, taukey karipap ni. Eh terasa pulak karipap Mar lalu kat tekak. Korang boleh jalan-jalan blog JANJI KITA ada macam-macam perkongsian dari Mar, food review, product review dan banyak lagi.

Ok, siap entri untuk pagi Selasa, ditaip sambil baring dan sambil mata melekat bagai digam-gam malam tadi. Sebelum handphone hempuk muka Ummi baik tidur.

Share this nice post:

6 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: