Pasar Karat Johor Bahru

Pasar Karat Johor Bahru | Hai korang. Saja nak kongsi gambar lama bulan 12 last ke Pasar Karat, JB. Orang-orang Johor mesti tahukan kat mana Pasar Karat atau Bazar Karat. Kalau tak tahu hmmmm tak tahulah nak kata apa hehehe. Untuk mereka yang baru berkunjung ke Johor Bahru, korang bolehlah jadikan Pasar Karat ni salah satu tempat yang mesti dikunjungi hehehe.

20161211_223903

Ummi dan Babah Ilhams ni kan memang suka gila merayau kat Pasar Karat tu. Kadang-kadang tu bukan nak beli apa pun. Saja jalan-jalan penatkan kaki ronda-ronda tengok barang-barang antik, tengok gelagat orang ramai hehehe.

20161211_222538

20161211_222550

20161211_222637

Saja membelek-belek kasut-kasut second hand dari penjual-penjual bundle ni. Kalao pandai nego dapatlah harga lagi murah.

20161211_222720

Lepas tu pusing-pusing ke setiap ceruk Pasar Karat.

20161211_223104

20161211_223333

Gambar blur almaklumlah belakang Ummi ada penumpang bergoyang-goyang hahaha.

20161211_223431

Ni ha penumpang Ummi ni kena back carry.

20161211_223445

Kalau nak bagi dia berjalan memang subuh la baru balik banyak sangat persinggahan dia nanti hehe. Abang Ilham tak ikut masa ni. Dia ikut Mommy Ngah.

20161211_223915

Orang memang jarang la tak ramai kat sini kan. Banyak je jualan makanan, minuman, mainan, tudung, pakaian dan lain-lain. Paling suka tu lah tengok barang-barang antik yang zaman tok kaduk pun ada lagi hehehe.

20161211_224330

Paling bahaya bila lalu kat kawasan mainan atau tu ha belon terapung tu. Memang konfem kena pau dengan hero-hero dua orang ni. Lepas ronda-ronda kami balik le apa lagi. Kaki dah lenguh sengal meronda hehehe. Ni dah berapa bulan tak menjengah Pasar Karat hehehe. Kalau bulan puasa ni lagilah meriah lagi-lagi nak raya mesti ramai orang shopping. Setakat ni bulan puasa ke raya tak pernah merayap kat sini. Tak sangguplah nak mengharung jem dan orang yang ramai hehehe.

Ok, itu je nak kongsi. Jangan lupa kalau ke JB boleh cuci mata, cuci poket kat sini tau.

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

10 Comments

  1. kisahsidairy

    tak pernah pun pergi sana…ada sekali pegi..pasar karat ni tutup..ke dia ada hari2 dia jugak..eh..

  2. maszull

    assalamualaikum hernee..mmg best pi sini..mcm2 brg ada djual dsni…

    • Hernee Nazir

      waalaikumussalam..hehe cuci mata kdg2 tercuci poket..

  3. mlm ni mcm nak ke sini.
    tgh pk pk ni.
    pasar karat ke… kilang bateri 🙂
    tq for sharing ye.

  4. Wiwinto

    Kami smp psr karat 7.30pm. Peniaga tgh susun brg2 jualan. Bila tnye nk beli brg, 5, 6 booth semua sama, peniaganya ya rabbi muka masam dan sombong.. knpe ye? Penat tgh bukak gerai kot. Kita masuk gerai dorang pn, dorang tngk je.. ke kami pi awal sngt smp bro, pakcik n kakak2 muke penat..?

    • Hernee Nazir

      masih awal lagi rasanya tu tuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *