Bagi peminat Buffet Ramadan, satu lagi buffet Ramadan yang saya yakin menepati citarasa korang yang sukakan “Selera Kampung”. Jom baca perkongsian saya ni ya.
Lokasi tak lain tak bukan di SWISS-INN, JOHOR BAHRU. Lokasi boleh rujuk kat bawah tu ya.
Alamat:
Swiss-Inn Johor Bahru
Lot 512, Mohd Mufti, Jalan Syed Mohamed Mufti,
80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
GSP Coordinates: 1.460827. 103.758969
Dah terpampang banner promo buffet Ramadan. Untuk parking boleh ke Level 3 atau 4 atau parking bersebelahan dengan bangunan hotel.
Lokasi untuk korang menikmati Buffet Ramadan ni adalah di RILEK THE CAFE.
Operation Hours:
Weekday: From 6.30am to 11.00pm
Weekend: From 6.30am to 1.00am
Room service from 11.00am to 11.00pm
Venue: Level 1
Capacity: 170 pax
SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET, SWISS-INN JOHOR BAHRU
Rilek The Cafe
Early Bird Promotion
RM68 nett – Adult
RM34 nett – Child (5-12 years old)
Voucher purchase from 1 April – 26 May 2017
Special Deal – Buy 5 Adult Voucher FREE 1 Voucher
RM88 nett – Adult
RM40 nett – Child
For reservation or enquiries, please call:
07-218 3333 ext: 3351 or 07-283 5226
Pertama kali saya ke sini. Swiss-Inn Johor Bahru ni baru je dalam 2 tahun dibuka di sini.
Antara signature Rilek The Cafe, Asam Pedas Bandar Maharani, Percik Chicken Chop, Sizzling Prawn Noodle, Laksa Johor, Secret Mix Chiang Mai Prawn, Beef Fajitas dan Fire Grill Burger.
Untuk Buffet Ramadan tahun ini, Rilek the Cafe menyediakan hidangan “Selera Kampung” yang sangat-sangat menyelerakan.
Aneka pilihan buah-buahan dan juga bubur.
Pelbagai pilihan lauk pauk selera kampung. Boleh cuci mata tengok gambar-gambar kat bawah tu ya.
Amacam kecur tak? hehehe. Macam terasa-rasa lagi menu tu semua tau.
Yang ni lagi syok. Ada gulai kawah.
Gulai Lemak Daging. Memang sedap antara menu awak yang saya makan.
Yang ini pula gulai lemak ayam. Fuhhhh rasa memang mantap.
Ada juga Rojak Mamak. Sedap kuahnya.
Ini first trip Ummi Ilhams. Udang tu sedap gila. Tambahan kerabu kacang boto, budu dan cencalok. Makam tak pandang kiri kanan.
Ini rojak mamak yang sempat dicuba.
Nampak tak satu meja ulam-ulaman. Baru tengok pun dah terasa macam lalu kat tekak.
Semua sedap-sedap belaka. Serius tak tipu. Rugi wooo tak cuba.
Tengok macam-macam sambal belacan, budu, cencalok. Mahu tak meleleh air liur. Memang menepati citarasa.
Bukan sekadar itu saja. ada menu-menu lain juga.
Ada aneka ikan bakar. Pilih je nak ikan pari ke ikan selar juga dihidangkan dengar pencicah air asam dan kicap.
Ada juga murtabak dan roti john.
Bihun sup daging.
Char Kuey Tiaw.
Satay ayam.
Sedap satay ayam ni. Nasi impitnya pun lembut dan tak keras.
Kalau nak merasa Asam Pedas Bandar Maharani boleh la ke Warung Kampung. Kuah asam pedas pekat. Babah Ilhams siap hirup kuah dan makan dengan roti haha.
Bagi yang sukakan Nasi beriyani kambing bakar bolehlah ke Warung Little India.
Nampak rupanya tu memang melaparkan hehe.
Nasi beriyaninya lembut dan sedap. Tambah pula kambing bakar. Cuma tak jumpa kuah atau gravvy tu makan dengan kambing tu.
Warung China Town pula menyediakan Laksa Johor. Orang Johor mestilah suka Laksa Johor ye tak hehehe.
Laksa Johor nya pun sedap. Kuah pekat cukup rasa.
Warung Aneka ni pula untuk pilihan air panas air Kopi Muar, teh tarik.
Ada juga Cendol Gula Melaka dan ABC Aneka Rasa.
Susunan bahan-bahan untuk ABC ni memang nampak menarik dan pelbagai pilihan. Rasa nak bubuh semua dalam satu mangkuk hehehe.
DIY ABC Aneka Rasa. Meriah semangkuk. Cendol pun saya cuba juga cuma kurang bubuh air gula melaka. Dah rambang mata sebenarnya tengok aksesori ABC hahaha.
Aneka air ada 5 jenis perasa pilihlah mana satu yang menawan hati. Memang rasa puas hati dengan menu-menu kat sini. Setakat ini saya rasa Swiss-Inn menawarkan harga buffet Ramadan yang paling murah berbanding di hotel-hotel lain. Jadi korang kalau nak dapatkan harga lebih murah boleh buat tempahan sebelum 26 May 2017. Harga istimewa untuk “group of company” yang membuat tempahan awal. Sekiranya korang berminat boleh hubungi nombor di bawah dan boleh jengah-jengah website dan instagram Swiss-Inn Johor Bahru.
For reservation or enquiries, please call:
07-218 3333 ext: 3351 or 07-283 5226
Website: Swiss Garden
Facebook: Swiss-Inn Johor Bahru
Instagram: @rilekthecafe
Harga buffet ramadan kat hotel ni mmg murah kan kak..
kan murah dari yg lain..
Pingback: Sekitar Preview Ramadan Buffet Swiss-Inn Johor Bahru | herneenazir[dot]com
aduhh mcam nice je makanan dia kak. kena curi masa ke sana nih.
kalo nak gi kita gi sama2 hehehe
sedap sangat… penuh perut ni…
hahaha..kena gi gyk seminggu straight..