Hadiah Hari Guru Untuk Guru-guru PASTI Ar-Rahman 1

09/05/2017

Hari ni sambutan Hari Guru di sekolah Abang Ilham. Cikgu buat sambutan awal sebabnya next week dah mula exam. Semalam Ummi minta tolong Mommy Ngah belikan hadiah di KIO DA, Forest City.

P_20170508_212550_vHDR_Auto

Hadiah yang tak seberapa dari Muhammad Ilham Syahmi untuk cikgu-cikgu PASTI Ar-Rahman 1 sebagai tanda terima kasih membimbing Ilham masuk bulan ke 5.

P_20170508_220654_vHDR_Auto

Taraaaaaaa.. gigih Ummi menyampul hadiah-hadiah untuk Cikgu Akma, Cikgu Rozi dan Cikgu Nina. Ummi dah siap orderkan karipap dengan Ibu Azie untuk Ilham bawa ke sekolah. Siap bekalkan karipap kosong untuk Ilham jadi Ilham tak kokang karipap orang lain. Kata cikgu pakaian bebas dan tak perlu bawa buku. Tapi Abang Ilham macam tak puas hati, dia takut cikgu marah hahaha. Ummi dah pesan nanti bagi cikgu hadiah ucapkan “Selamat Hari Guru.. terima kasih cikgu”. Dia kata ok, sekali Ummi tanya semula nak cakap apa Ilham? “Selamat Hari Raya cikgu” sambil buat muka tak bersalah. Grrrrrr.. saja je kan hehe.

Untuk cikgu-cikgu PASTI Ar-Rahman, Selamat Hari Guru in advance.. semoga cikgu-cikgu dirahmati olehNya. Terima kasih mendidik Muhammad Ilham Syahmi.

doodle frame

Sebenarnyakan Ummi plan nak mendoodle kat frame besar sekali macam kekurangan masa je hehehe. Yang kat atas ni frame Teacher’s Day untuk cikgu-cikgu Ilham di Aulad Ilmiyyah tahun lepas. Ibu ayah yang tak ada idea nak bagi apa boleh lukis-lukis sikit pada kertas then masuk dalam frame. Simple je kan, ingatan dan pernghargaan tu yang penting. Atas tu Ummi pakai frame IKEA. Ok, cepat cari frame sekarang! hehehe.

Tema Hari Guru 2017 – Guru Pembina Bangsa Negara.

Share this nice post:

9 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: