Cerita semalam selepas anak-anak pulang kepangkuan Ummi haha. Ummi dan Babah terus ajak diorang masuk ke Street Smart ni. Memasing excited yang amat. Eh, anak dah bertambah lagi sorang. Aqil pun ikut kitorang.
PETRONAS Street Smart – Lesson For Life
15 April – 30 September 2017
10.00am – 7.00pm
Puteri Harbour
Masuk PERCUMA!!
Comelkan kartun-kartun ni. Anak relax je mak yang lebih hahaha.
Nampak tak Abang Ilham tu. Dia kalau dah ada BFF dia si Aqil ni dia punya agresif semacam.
Geli hati dengar dia berbual dengan Aqil. “Eh Aqil, awak kena ukur dulu, kalau tak awak tak boleh main ni” Ye lah bang. Macam awak yang jaga Street Smart ni. Tapi memang betul pun kena ukur dia tengok gambar je sebenarnya haha.
Memacam game dia cuba.
Ummi tukang snap Babah tukang handle bebudak hahaha.
Asyik gambar korang je, Ummi nak juga.
Haa bagi dia cuba dan terangkan sikit apa akibat dari tak pakai helmet.
Lampu merah, semua kena kerah berhenti. Siap buat soal jawab sikit.
Suka hati dia je mengabaikan kakak kat sebelah tu hahaha.
Tunggu abang Ilham baca sign board hahaha.
Dia beriya sangat nak bawa motor.
Adik tumpang sekaki kat belakang je.
Tengok penunggang dan pembonceng yang tak pakai helmet ni haha. Polis trafik kat tepi tengok je tak ambil tindakan haha.
Main ni pula. Nampak je main-main semua tapi boleh bagi pendidikan keselamatan jalanraya untuk anak-anak.
Kat main stage ada briefing dan dengar-dengarnya nak start pertandingan mewarna. Ilham kata nak join tapi bila Ummi fikirkan takut lambat settle, sebab nak ronda Iskandar Kidz Fiesta lagi. Dia pun ok je janji Ummi jangan ajak balik dulu hahaha.
Game ni serius tak reti nak main hahaha. Maka kita test abang Ilham driving hehehe.
Ni ha.. beriya sangat. Sampai langgar divider semua hahaha. Main gilir-gilir. Lepas Abang Ilham turn Aqil pulak.
Eh Babah pun teringin ke? Babah tolong adik je tu. Kang kena halau kang kalau Babahnya yang over.
Bergambar dengan maskot Street Smart.
Masa snap ni Ummi tak perasan amoi belakang pun. Sekali belek gambar eh, ada orang tumpang selfie hahaha.
Last but not least. Suruh posing bertiga, memacam gaya dia buat. Akhirnya gambar ni je Ummi pilih.
As souvenir sebelum keluar dari Street Smart, dapatlah sticker, button badge dan car sticker sorang satu set yeay!
Ilham cakap nak main kat inflatable playgorund tu tapi Ummi tak bagi haha. Nak ajak ke depan tu ha. Kalau main kat situ Ummi dah boleh baca dah, konfem tak nak balik. Jadi kami terus ke main stage Iskandar Kidz Fiesta jengah apa yang ada walaupun macam dah tak banyak aktiviti ekeke.
Ok ibu ayah tak tahu mana nak bawa anak-anak di hujung minggu? Bolelah korang bawa anak-anak ke PETRONAS SREET SMART di Puteri Harbour ni. Open until 30 September 2017. Bagus tau biarkan anak-anak enjoy bermain permainan interaktif bertemakan “Keselamatan Jalan Raya” banyak aktiviti lain yang disediakan. Have fun!
Siapa yang nak jadi volunteer, ada temuduga terbuka di PETRONAS StreetSmart, Puteri Harbour. Temuduga ni dilanjutkan sehingga 11 Mei 2017. Graduan yang mengganggur atau lepasan SPM yang nak cari kerja bolehlah timba pengalaman di sini. Mana tahu ada rezeki korang kat sini.
For more info, visit..
PETRONAS StreetSmart – Lessons for Life
Facebook PETRONAS StreetSmart
assalamualaikum hernee…wah !! best ni…hujung minggu boleh bawa dak Darwisy n Damia pi sini…
aah bawaklah dorang ma..mesti dorang suka..
wahh macam best je. macam petrosains klcc tuh tak kak.
huiisyhhh tu advanced lagi hehehe
Pingback: The Ilhams at Popup Fest Puteri Harbour - herneenazir.com
Pingback: The Ilhams at PETRONAS StreetSmart, Puteri Harbour - herneenazir.com