The Ilhams at PETRONAS StreetSmart, Puteri Harbour

Quality Time With Ilham

Ehhh banyak betulkan cerita The Ilhams hari Ahad hehe. Sekali keluar Ummi dapat 5 entri walaupun tak siap semua dan ada yang potong queue entri lain hahaha. Bertabah la nak menaip hoi. Lepas dari meronda bazar Popup Fest, kami masuk untuk kesekian kalinya ke dalam Petronas Street Smart. Sebelum ni Ummi dah buat entri dah pasal ni. Boleh baca, Lawatan Ke PETRONAS Street Smart Puteri Harbour.

Ilham memang suka je. Sebab hari tu memang dia merengek ajak Ummi ke sini. Cuma Ummi je tak ada kesempatan (baca: malas) hahaha.

Jadual aktiviti untuk hari ini. Masa kami sampai tu diorang baru je habis LED Badges. Tak sempat nak bagi Ilham join.

Masuk-masuk je diorang dah tuju ke scooter ni, Kekonon la Abang Ilham tu nak bonceng adik hahaha.

Mak nak juga bergambar dengan hero-hero. Maklumlah mak tak ada geng pink hahaha.

Ok main bola melintas jalan pula. Syamil pun enjoy.

Kalaulah bawa kereta betul-betul macam tu gayanya, memang seminggu drive tangan boleh jado cramp abang oi hahaha.

Nun di sebelah sana ada Mini Show, Reverse Sensor. Nak suruh Babah join, tapi diorang dah half way dah. Babah layan The Ilhams je la ya.

Ummi nak juga test drive hahaha. Abang Ilham beriya siap nak ajar. Hellooooo abang, Ummi ada driving license ok (walaupun drive tak berapa cekap).

Adik excited bagitau Ummi. “Syamil pandai bawa motor mi” hahaha.

Hari tu kami datang jumpa siapa entah nama karakter kanak-kanak Cina tu Ah Chong ke apa entah. Hari ni kami jumpa Siti. Abang Ilham kena paksa bergambar dengan Siti.

Ok kami berempat bergambar dengan Siti. Abang Ilham tu nampak tergantung sebab dia nak lari sebenarnya hahaha. Jadi Babah terpaksa angkat dia cepat-cepat sebelum dia buat onar.

Lepas tu Ummi ajak diorang main colour and shape ni. Apa nama spesifik entah Ummi tak perasan.

Susun dengan betul maka Abang Ilham dapat la hadiah button badge satu. Kasi bergambar sekeping dengan Kakak Petronas hehehe.

Sebelum keluar, dapat buah tangan dari PETRONAS StreetSmart. Dapatlah button badge, car sticker dan dua biji belon. Yeay! Anak-anak happy Ummi Babah suka hati. Next kita lepak-lepak di Old Town White Coffee. To be continued in the next entry!

Related Posts

4 thoughts on “The Ilhams at PETRONAS StreetSmart, Puteri Harbour

  1. Assalamualaikum hernee…hepi jer double ilham yer….anak hepi kita pun hepi kn hernee….

  2. Hahahah..gara2x baca entri ni..maka kami anak beranak pun ke sana jumaat aritu..thanks for sharing ya…dok tgk bunting dia kt area rumah..tp tak perasan tarikh tutup smpi bila..bila hernee up entri ni..terus berdesupp..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!