Unboxing McDonald’s Smurfs Happy Meal Toys

02/05/2017

Budak sorang ni ha beriya suruh Ummi rakam dia nak cerita pasal koleksi McDonald’s Smurfs Happy Meal Toys. Koleksi baru 4 ketul jek pun. Ummi layankan je. Amboi kemain pilih lokasi kat Puteri Harbour nak shooting eh. Sampai Aqil cakap, “Macam pelakon je” hahaha. Pening Aqil layan Ilham dan Ummi. Saja je build self-confidence Abang Ilham ni. Ummi pun tak terer mana bervlog.

Ilham memang suka tengok vlog unboxing choki-choki boboiboy la apa la di youtube dan Ummi perhatikan dia terikut-ikut gaya orang yang buat vlog tu. Lama-lama nampak dia confident je nak bercakap bila Ummi rakam video dia hehe.

P_20170501_180216_vHDR_Auto

Bersemangat sangat nak bercerita, sebut Smurfs pun S hilang hahaha.

P_20170501_180636_vHDR_Auto

Kembang kuncup hidung hahaha. Dorang berdua beradik ni memang dah makin jatuh cinta dengan Smurfs sejak tengok movie Smurfs: The Lost Village hari tu. Semalam kebetulan di channel AXN ada marathon movie Smurfs sudahnya dua-dua melekat tak nak ikut pergi kenduri. Alasan takut Smurfs habis hahaha. Semalam tu Mommy Ngah belanja diorang sorang 1 set Smurfs Happy Meal. tapi dia tak puas hati sebab dia tak dapat warna kuning. Dia tak nak purple sebab dah ada koleksi purple. Ummi cakap tak apalah nanti kalau ada rezeki beli yang kuning pula. Bila dah cakap macam tu teruslah keluar nak warna oren dan merah pula hmmmm.

Balik rumah sambung belek Smurfs.

PicsArt_05-01-09.44.05

Adik bila Ummi cakap “Dik macamana Smurfs?” Teruslah buat gaya gini. Geram Ummi tengok macam nak gigit-gigit jek dia hahaha. Sama tak gayanya tu? ekekeke. Saja je tepek gaya yang sama.

PicsArt_05-01-09.45.07

Abang pun nak juga buat gaya sama. Siap suruh Ummi buat macam gambar adik tu.

P_20170501_203159
Sudahnya terbongkang depan TV sambil menatap barisan Smurfs kesayangan dia. DIa kata “Smurfs belaki tak boleh sama rumah dengan Smurf perempuan”. Bukan “belaki” la Ilham. Lelaki hahahaha. Tercopong mulut tidur, dah kepenatan. Terpaksa juga Ummi kejut sebab homework tak siap. Sebut nama Cikgu Akma terpisat-pisat bangun buat homework hahaha.

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: