Parenting

Melatih Abang Ilham Untuk Berjual Beli

Hai mak-mak, ayah-ayah sekalian.

Nak tanya ni macamana korang latih anak-anak untuk biasakan diri dan beranikan diri untuk membuat proses jual beli? Susahnya nak susun ayat skema ni. Ayat paling senang anak-anak korang dah belakar ke macamana nak berjual beli kat kedai atau mana-mana tempat? Sejak bila korang ajar anak-anak ya? Semput nak jawab hahaha.

Ummi dan Babah Ilhams dah mula ajar Abang Ilham masa penghujung umur 4 tahun. Tapi masa tu hanya bagi duit untuk dia bayar. Bila dia dah boleh bercakap dengan telus, dalam usia 5 tahun Babah dah bagi peluang dia berjual beli. Masih dalam perhatian, dengan memberi duit yang cukup untuk apa barang yang nak dibeli.

Bila dah makin terer, beli barang dengan ada duit baki. Walaupun dia belum mahir sangat kira-kira duit ni semua. Lama-lama dia pun syok apa-apa barang pun nak beli sendiri.

20170419_075226

Ini kisah pagi semalam. Ummi terbangun lambat jadi tak sempat masak bekal. Ummi suruh dia turun sendiri beli nasi lemak buat bekal. Memang dah biasa beli di warung Pakcik Ramli ni tapi baru hari ni sempat snap gambar. Dia ok je nak suruh kalau mood pagi ok. Kadang-kadang nak beli choki-choki pun dia offer diri untuk turun beli. Cuma Ummi Babah pantau je lah. Mata kena sentiasa alert tak boleh terlepas pandang. Takut ada mata-mata yang ambil kesempatan.

Ummi cuba pesan dan ajar Abang Ilham untuk akad jual beli.
Kalau dah beli barang, Ilham kena sebut “Saya beli” pada makcik atau pakcik yang jual.
Sekali dia jawab, “Alaaaaa.. Ummi la yang cakap.. Ilham malu la”.
Hahahaha sudahhhhh malu pulak dia. Tak apalah Abang Ilham, perlahan-lahan kita belajar ya. Korang yang belum cuba latih anak untuk berjual beli boleh la mula sekarang. Bagus tau, boleh menambah “self-confidence” anak-anak untuk berdepan dengan dunia luar. Jom sama-sama belajar.

Share this nice post:
Tagged ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

6 thoughts on “Melatih Abang Ilham Untuk Berjual Beli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *