Dah lama plan nak ke sini bawa The Ilhams, tapi masih tak kesampaian. Insha Allah one fine day kita sampai sini ya anak-anak. Harap Auntie Liya sudi layan rombongan Ummi Ilhams. Ramai je ibu-ibu yang dah roger-roger nak join rombongan Ummi nanti.
Untuk ibu ayah boleh la bawa anak-anak ke sini. Tak kiralah hujung minggu atau cuti sekolah pun boleh. Janji tempah awal untuk mengelakkan pertembungan kumpulan kembara. boleh baca dinfo lanjut di bawah:
Kembara Adik Ke Kebun Rahsia–Pengembaraan Penuh Cabaran
Dua Sesi
– Sesi pagi : 9 pagi – 11 pagi
– Sesi petang : 2 petang – 4 petang
Aktiviti:
1. Menaiki traktor dan mengembara
2. Bermain dan memberi makan pada haiwan
3. Petik buah atau sayuran untuk dibawa pulang
4. Aktiviti kraftangan (lukisan daun kering)
5. Memancing dan bersantai di tepi kolam
Etika Berpakaian:
– Bertopi & Pakaian Sukan (sediakan baju extra)
Lokasi: Kota Tinggi
Facebook: Kembara Adik Ke Kebun Rahsia
Contact No: 018-9194564 / 017-7615481 (Liya)
Puan Liya ni geng Kelab Susu Ibu Johor. Ramai juga kawan-kawan Ummi dah bawa anak-anak diorang untuk join program ni. Oh ya, Puan Liya ni juga ada bisnes kambing golek tau.. Ummi pernah order masa majlis aqiqah Adik Syamil.. boleh baca entrinya di SINI. Recommended sangat.. sedap.. uolls nak cuba boleh contact dia di talian yang sama. B
assalamualaikum hernee…kalau bawa budak ke sini mesti seronokkan…
waalaikumussalam mama..tu lah..jom bawa darwisy..
tahu pe…darwisy mesti suka…
syoklah ilham pergi kembara ni..umi ilham xnak join sekali ke
eh ummi le bawa dia..
aunty uyul boleh join tak hehehehe.
blh jek auntie..
budak-budak suka aktiviti macam ni. tapi bayaran berapa tu?
JanjiKita