Friday’s Lunch – Mencuba Patin Tempoyak Sedap Di Restoran Anjung Selatan Bandar Baru UDA Johor Bahru

P_20170407_134306
P_20170407_130742

Friday’s Lunch – Mencuba Patin Tempoyak Sedap Di Restoran Anjung Selatan Bandar Baru UDA Johor Bahru | Friday’s Lunch semalam bukan dengan Geng Jumaat. Sorry geng.. sebab adik akak nak belanja makan hehe. Lebih kurang terlebih sikit 12.30pm kami ke Restoran Anjung Selatan, Bandar Baru UDA. Nenek la ni yang ajak sebab dia dah cuba dan katanya sedap Patik Tempoyak kat sini.

Restoran Anjung Selatan ni ada dua entrance. Kami parking di sebelah belakang kedai. Kiranya masuk-masuk kedai jumpa kawasan dapur la dulu. Sampai-sampai je dah nampak dua periuk ikan patin ya ampun meleleh air liur. Jom zoom in.

P_20170407_134349
P_20170407_130806

Patin Tempoyak Sangkar RM12 seketul.

P_20170407_134344
P_20170407_130810

Patin Tempoyak Buah RM29 seketul.

Apa beza Patin Tempoyak Sangkar dan Patin Tempoyak Buah?

Bezanya yang sangkar makan ayam dan yang buah hanya diberi makan buah-buahan. Ini yang diajar oleh Ira dan diterangkan oleh staff restoran. Kami pilih yang mana? Tunggguuuuuuuuu..

P_20170407_130822

Menu lauk pauk lain macam ada. memang banyak variasi. Ada udang galah, kupang, ikan pari dan banyak lagi.

P_20170407_131643_BF

Sebelum makan kena posing dulu. Diorang memang dah faham sangat hehe. Oh ya, Ira pun join sekali kesian nak tinggalkam dia kat office sesorang nanti lapar pula padahal saja nak sabotaj diet Ira.

P_20170407_131547

Cencalok dan tempoyak ni hakak yang punya. Memang bergaduh la korang berdua dalam perut haha. Ya Allah nikmatnya dapat makam tempoyak dan cencalok tu.

P_20170407_131556

Patin tempoyak buah bahagian kepala. Yang ini Ummi bedal ya Allah sekali hirup kuah dia spechless. Kenapa sedap sangat ni? 

P_20170407_131601

Yang ni bahagian ekor patin buah juga Mommy Ngah yang punya. Ira tak makan tempoyak, tak makan ikan patin.

P_20170407_132110

Mommy tambah ikan goreng cicah kicap sedap garing.

P_20170407_131608

Ummi mula-mula tamak haloba ambil siput sedut ni. Tapi bila patin dah depan mata rasa tak dapat nak feel la makan siput sedut. Rasa nak fokus kat si patin tu je.Dari membazir baik letak semula. Jadi siput sedut ni sekadar gambar. Lepas snap gambar pulangkan semula hahaha kejam.

Gambar pinggan Ummi tercicir. Dalam pinggan ada nasi putih, ulang raja, peria katak dan terung goreng berlada.

P_20170407_131618

Nenek dan Mak Wee. Mak Wee kurang sihat makan tak banyak macam biasa.

P_20170407_131628

 Mommy Ngah dan Ira.

P_20170407_133200

Nampak tak effect patin tempoyak buah yang sedap tu. Rasa kalau ada orang perhati mesti kata mak aihhh lapar sangat gaya makcik sorang tu hahaha.

P_20170407_133215

Dah habis makan tu pun rasa macam tak boleh move on lah. Nak hirup kuah patin tempoyak tu sampai kering.

P_20170407_134238
Settled isi patin tempoyak tu kami kerjakan. Serious memang sedap. Patutlah pelanggan ramai gila. Penuh je restoran dek pelanggan yang nak makan tengahari. Memang recommended untuk peminat-peminat patin tempoyak. Datanglah Restoran Anjung Selatan ni gerenti anda puas hati. Masakan sedap cukup rada. Staff pun friendly.

Mommy Ngah tapaukan Daddy Ngah lauk patin tempoyak tu. Ummi memang tak beranilah nak tapaukan Babah sebab dah tahu dia tak suka tempoyak hahaha. Saja la send gambar kat Babah dengan harapan dia kecur, sekali dia replySedap sangat ke?kahkahkah. Sekali dia bagi soalan meleleh air mata mak nak jawab. Kan dah kata nyaris tak tapaukan haha.

P_20170407_124658

Ni ha Mak Wee dapat kakak angkat dari Besut. Macam dah lama kenal je gaya dia hehe. Lepas kekenyangan berdezuplah nenek hantar kami berdua pulang ke pangkuan PTP. Thanks lah Mommy Ngah belanja makan. Next time kita repeat lagi yok hehe.

Untuk yang nak mencuba patin tempoyak sedap boleh la berkunjung ke alamat di bawah.

RESTORAN ANJUNG SELATAN

Address: no 15, Jalan Padi Emas 1/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Phone: +60 13-672 2893

Dijamin sedap!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

8 Comments

  1. ana suhana

    sedapnya nampak patin masak tempoyak tu. ana kalau tempoyak tu itself ana tak reti nak makan. tp kalau masak tempoyak pantang nampak. hehe

    • Hernee Nazir

      hehehe sedap gila na..meh turun jb kita belanja..

  2. Nurulaily bt Ishak

    wah terliur.. harus singgah ni kalau pegi jb

    Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Atasinya

    • Hernee Nazir

      hehehe singgah tau kalau ke jb..hehehe

  3. maszull

    assalamualaikum hernee…mama kalau ikan patin masak tempoyak tu x suka tapi tempoyak saja boleh makan…

    • Hernee Nazir

      waalaikumussalam.. la ye ke ma..sedap trylah tak bau pun..

  4. Rosidah Nasir

    Menghampakan. Service suasana dan susun atur tak mesra pelanggan. Kecewa ini kali ke 2 ingat ada perubahan. Makin teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *