7 Tahun Tanpa Mak Di Sisi.. Rindu!

23/03/2017

Hari ini 23 Mac 2017 genap 7 tahun pemergian Mak tersayang. Sekejap je dah 7 tahun. Hanya Al-Fatihah dan iringan doa yang dapat dikirimkan. Semoga arwah Mak tenang di sana, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh. Semoga tempatmu di syurga wahai Mak tersayang.
Mak saya salah seorang Servic Cancer Survivor. Hanya bertahan lebih kurang setahun. Macam-macam dugaan yang dilalui sepanjang setahun. Semua dah kami ikhtiarkan. Rawatan chemotherapy, radiotherapy dan akhir sekali brachytherapy. Allah lebih menyayangi, Mak menghembuskan nafas terakhir pada 23 Mac 2010. Gelap rasa dunia saya. Dah tak ada sahabat meluah rasa. Alhamdulillah dihujung hayatnya kami adik beradik tak ada yang culas tanggungjawab. Itu saja yang mampu kami lakukan untuk Mak tersayang di saat akhir kehidupan.

Korang yang masih punya emak, bahagiakanlah dia selagi hayat dikandung badan. Jangan sia-siakan mereka. Jangannnnn..

“Dan apabila tertutup mata ibumu, hilanglah satu lagi keberkatan dari Allah S.W.T.. Doa seorang ibu..”

Sedih pula hati bila baca luahan hati sendiri di entri-entri yang lepas..

http://herneenazir.com/2012/03/23/tarikh-yang-tak-mungkin-dilupakan-23-mac-2010/

http://herneenazir.com/2011/03/23/365-hari-berlalu/

http://herneenazir.com/2011/02/13/kalau-dia-masih-ada-2/

http://herneenazir.com/2010/11/17/di-pusara-bonda/

http://herneenazir.com/2010/07/05/serpihan-rasa/

http://herneenazir.com/2010/05/01/aku-pun-rindu-dia-juga-tapi-aku-tak-tunjuk-kat-korang/

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    23/03/2017 at 11:54 am

    assalamualaikum hernee….Al-Fatihah buat arwah…semoga rohnya dicucuri rahmat dan sentiasa ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman…aamiin…
    ** Mama Maszull

    1. Hernee Nazir

      23/03/2017 at 2:34 pm

      waalaikumussalam mama..thanks atas doanya .

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: