365 Hari Berlalu..

Mak Memories

365 Hari Berlalu.., originally uploaded by herneesamshudin.

AL-FATIHAH BUAT BONDA HAJAH KASMAH BINTI DAUD

(13 Feb 1952 – 23 Mac 2010)

Pejam celik pejam celik 365 hari sudah bonda meninggalkan kami. 23 Mac 2010 tepat jam 6.20 petang saya rasakan dunia gelap seketika. Bonda yang kami sanjung tinggi pergi meninggalkan kami buat selama2nya. Kami redha dengan segala ketentuanNya. Allah lebih menyayangi bonda. Kami lebih redha bonda pergi dari melihat bonda menanggung derita. Ada hikmah disebalik sesuatu dugaan yang Allah berikan.

Al-Fatihah dan Yaasin kami titipkan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bonda tersayang dan menempatkan bonda dikalangan orang2 yang beriman. Semoga Allah mengampun dosa2 bonda dan menjauhkan bonda dari azab neraka dan seksaan di kubur. Doa kami anak2mu takkan pernah putus untuk bonda di sana. Rindu padamu bonda tak pernah padam. Al-Fatihah.

Hernee Nazir – Hari ni saja saya mengambil cuti sempena memperingati mak tersayang.. dan insya’Allah untuk tahun2 akan datang juga.. selagi bernyawa, doa untuk mak tak pernah putus.. Semoga mak tenang di sana.. Insya’Allah orang akan jaga dan didik cucu mak ni seperti mana mak didik orang dulu.. sedih memang sedih sebab mak tak berpeluang tengok cucu mak.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. orang rindu mak sangat2.. sepanjang tempoh ni, orang selalu mimpikan mak.. mak senyum je tengok keadaan orang sekarang.. orang tahu mak mesti suka sebab keturunan mak dah berkembang.. pesan mak tetap orang ingat sampai bila2.. apa pun terjadi orang takkan abaikan adik2.. biarlah orang mencaci, mengeji, menghina sampai masanya Allah akan tunjukkan kebenarannya.. sabar.. sabar dan bersabar.. itu yang orang belajar dari mak dulu.. doa banyak2.. Allah sentiasa mendengar asalkan kita tak pernah lupakan Dia.. dah.. orang tak nak sedih2 lagi, lagi banyak orang bersedih lagi terseksa mak kat sana.. semoga Allah mengampunkan dosa2 mak, ayah, saya, suami, adik2 dan semua kaum muslimin dan muslimat..tenanglah mak di sana.. kami sayang mak sangat2..

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!