Sambungan cerita Friday’s Lunch dengan Geng Jumaat. Macam biasa walaupun dah kenyang tahap perut nak meletup. Tapau sushi tetap dijalankan seperti biasa. Harus gitu hahaha.
Oleh kerana dah fefeeling “Budak U” jadi Ummi nak nampak lagi muda dari budak U.. Ummi cuba dengan menapau “School Holiday Sushi Set”. Nampak tak permainan Ummi Ilhams? Ummi nak nampak macam budak sekolah pulak sebenarnya hahaha. Senget..jangan layan hahaha.
Untuk bekalan kunyah-kunyah hujung minggu (walaupun tak pasti sampai tak ke hujung minggu), Ummi ambil set School Holiday Sushi Set ni satu. Makan sesorang kat rumah. Kalau Babah ada mood nak makan sushi dia makan la.. kalau tak memang heaven Ummi makan sorang. Ngeh3.
Satu set lagi “Petit Ebikko Sushi Set” ni makan di office hari Jumaat tu. Makan Tom Yum Seafood with Beehoon kurang kenyang hahaha. Jadi terpaksa makan sushi buat cover lapar petang.
Ehhhh.. masa lalu depan cashier tu Cheese Tart ni lambai-lambai pulak. Korang tahu lah Ummi Ilhams ni tak suka kecilkan hati makanan. Jadi belilah satu. Kesian dia kalau tak beli. Maka berjoget-jogetlah lemak Ummi dibadan. Tahniah hahaha.
sedapnya sushii
hehehehe nyum..jemput tengok..
Lamanya tak makan sushi.
apa lagi CR.. gi beli cepat..hehehe
my peberet tooo.
Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
nanti blh belanja hehehe