Cabaran Sehari 5 Entri

20170317_171248

Hai uolls,

Saja je nak share. Saya mencabar diri sendiri bermula dari bulan ini saya cabar diri saya untuk buat blog post sekurang-kurangnya 5 entri sehari. Fuhhhhhh memang rasa nak semput. Tapi saya cuba. Tak cuba tak tahu kebolehan sendiri ye tak?

Kalau saya tak mampu 5 sekali pun at least saya kena buat 4. Haaaa bukan nak seksa diri sendiri tak pun. Saja nak majukan blog ni hehehe. Macamana saya buat? Malam atau bila ada masa terluang saya akan buat scheduled entry.

Tu ha macam dalam gambar tu. Scheduled entry untuk hari Jumaat hingga Ahad. Eh ada tambahan untuk pagi Isnin. Weekend ni pula saya akan marathon untuk entri Isnin dan Selasa. Ikutlah kesempatan yang saya ada. Almaklumlah cuti di rumah bukan boleh menghadap PC 24jam. Baru nak duduk menaip sorang celah ketiak, sorang lagi nak ngempeng atas riba. Tang mana yang ummi dia ni nak siap entri hahaha.

Sambil-sambil nak tidur tu pun sempatlah karang entry guna apps di handphone. Kata orang “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Kadang-kadang sambil karang entri sambil handphone jatuh atas muka ekekeke. Kalau dah tahap macam tu memang draft je la dulu. Sambung bila free nanti. Dari keluar ayat yang bukan-bukan baik tidur hehehe.

Ok, itu je nak bebel. Inilah dunia part time blogger macam saya. Korang macam saya ke? Jom share.

About Hernee Nazir 5507 Articles
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

10 Comments

  1. Nona ada cuba..tapi…..lama lama, nak tulis kat buku tu pon dah shut down, ahahahahha….teroks nauuu..

    tapi tetap, nak menulis, paling2 pon join segmen, hahahaha

  2. Wahhh. Lima post setiap hari. CR nak post sehari dua post pun payah. Kena amik semangat sis ni.

    Good luck! ☺?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*