Tanda-tanda Anda Mengalami Masalah Vertigo

Anything About Me

20170314_145942


Tanda-tanda Anda Mengalami Masalah Vertigo | Sebenarnya dari minggu lepas saya dah rasa berpusing-pusing. Nak tidur toleh kanan pusing, toleh kiri pusing kepala ni. Kalau kepala bergegar pun rasa pusing macam nak tumbang. Tapi saya ingatkan sebab saya penat sangat.

Siang tadi tak tahan sangat saya terus ke Poliklinik PTP. Doktor check tekanan darah semua ok 110/70. Normal kata doktor tak ada darah tinggi atau tekanan darah rendah. Doktor check suhu badan ada tinggi sikit. Saya beritahu doktor maybe sebab saya sakit tekak ni. Saya memang ada masalah tonsilitis. Bila tonsil bengkak memang bakal-bakal dedar la badan.

Bila doktor terangkan satu persatu tadi barulah saya tahu saya menghidap Vertigo. Apa dia Vertigo tu? Vertigo tu masalah gangguan kepada sistem keseimbangan badan kita. Vertigo menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang.

Doktor kata gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Vertigo boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan. Setakat ni saya tak rasa pekak tu, tapi kadang-kadang rasa berdengung sikit, bila tunduk, dan mendongak saya rasa dunia sudah berpusing-pusing daaaaaa.

Doktor bagi saya ubat demam, antibiotik dan ubat pening Betaserc tu. Makan 1 biji 3 kali sehari. Doktor nasihatkan saya untuk dapatkan tidur dan rehat secukupnya. In case masih tak ok lagi, saya kena rujuk pakar ENT. Alamak terus seram pula rasanya. Balik office terus saya search pasal Vertigo. Jom tengok sedikit info mengenai Vertigo.

Jenis-Jenis Penyakit Vertigo

  • Vertigo ocularis; rasa berpusing-pusing akibat gangguan saraf di sekitar organ mata.

  • Vertigo nocturna; pesakit berasa seolah-olah akan terjatuh semasa hendak tidur.

  • Vertigo laryngea; tubuh rasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk.

  • Vertigo epileptica; keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan.

  • Vertigo positional; serangan vertigo mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Pencetusnya seperti perubahan posisi kepala ketika seseorang itu  berpaling ke belakang atau ketika berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur.

Tanda-Tanda Anda Mungkin Diserang Oleh Vertigo

  • Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.

  • Gerakan mata yang tidak normal. Ini  merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.

  • Tubuh rasa berdebar-debar

  • Telinga terasa berdengung

  • Pandangan kabur

  • Rasa mual tekak dan hendak muntah

  • Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat

  • Nadi berdenyut dengan cepat

  • Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan

  • Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.

Faktor Pencetus Vertigo

Secara umum serangan vertigo adalah disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan keadaan tubuh yang tak mampu menjaga keseimbangan.

Hakikatnya, perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengaruh berikut iaitu;

  • Pola makan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula, dan lemak) serta tabiat buruk merokok.

  • Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi) akibat kurang tidur dan pengambilan alkohol yang berlebihan.

  • Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah menuju otak. Ini menyebabkan oksigen yang tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.

  • Terjadinya radang dan jangkitan telinga oleh bakteria sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.

  • Gangguan saraf di sekitar mata. Ini menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.

  • Mungkin terjadi akibat mabuk darat atau mabuk laut. Pergerakan persekitaran yang mengganggu keseimbangan tubuh.

  • Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Perlu segera berjumpa doktor untuk memastikannya.

Sumber: SINI

Saya rasa saya vertigo positional tu hehe. Eh pepandai diagnose sendiri. Harap-harap lepas makan ubat ni ok la semula. Takut juga kalau ada penyakit lain yang hinggap. Selisih na’uzubillahiminzalik.

Related Posts

2 thoughts on “Tanda-tanda Anda Mengalami Masalah Vertigo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!