Cerita Ahad lepas, Babah nak pergi memancing dengan kawan dia di Tanjung Nelayan Fihing Village, Pendas, Gelang Patah. Babah kata nanti Abang Ilham dah balik dari sekolah bawalah anak-anak ke sana. Ummi ok je. Lepas ambil Abang Ilham dari PASTI, kami tiga beranak terus ke sana. Dari jauh dah nampak bayang-bayang Babah tengah duduk menanti ikan makan umpan hahaha.
Dua-dua sibuk nak ajar Babah memancing. Walhal awak pun tak tahu camana kaedahnya hehe. Memasing excited tak sabar nak tengok hasil pancingan Babah. Aduhaiii anak.. hilang konsentrasi Babah haha. Kecoh betul kami empat beranak kat situ.
Masa Babah nak baling umpan tu (bahasa orang tak tahu memancing) anak-anak semua kena kerah duduk tepi. Bahaya nanti kalau tersangkut ke apa kan. Haru jadinya kang.
Dah berminit-minit berlalu untuk Ummi dan anak-anak la, untuk Babahnya dah berjam-jam ikan masih tak makan umpan. Kata Babah sebelum kami sampai umpan dimakan tapi ikannya tak sangkut hehehe. Anak-anak dah mula bising. Mana ikan tak dapat-dapat hahaha.
Sekali Abang Ilham berbunyi,
”Babah ikan tu tidur lah.. babah mancing burung je la bah”
Kahkahkahkah.. berderai ketawa Ummi dan Babah. Kebetulan ada pula burung berterbangan di kawasan kolam tu. Boleh jadi biru muka Babah dibuat dek Abang Ilham. Dia punya tak sabar nak dapat ikan sampai suruh Babah pancing burung. Hai lah anak. Ada je telatah dia tu.
Oleh kerana masing-masing macam dah start tak reti duduk diam dan waktu pun dah nak maghrib, maka Ummi pun bawa anak-anak balik dulu. Sebelum ada yang berlebur dalam kolam marilah kita pulang. Sekejap lagi Babah menyusul mana tahu kami balik rezeki ikan pun ada.
Babah sampai rumah anak-anak sibuk bertanya, mana ikan. Babah mampu senyum je. Tak ada rezeki ikan untuk kami kali ni. Ingatkan cerita tu dah habis situ je. Rupa-rupanya dorang bawa ke bilik pula. Masa nak tidur Abang Ilham bagi soalan cepu emas.
”Babah kenapa Babah tak dapat ikan?”
”Tak ada rezeki la”
”Tu la.. lain kali Babah masuk dalam air tu.. baru Babah dapat ikan”
Kahkahkah.. berderai lagi ketawa ummi babah. Betul juga kan hahaha. Sekali Adik Syamil pun perli Babah.
”Bahhhh.. aner ikan?” sambil buat gaya tangan.
Hahahaha lagi bertambah ketawa Ummi. Adik pun pandai nak perli. Tak apalah kali ni bukan rezeki kita ya anak-anak. Nanti kita ajak Babah memancing lagi. Kalau dapat Ikan Unga Ummi masak kari macam biasa nyum3 sedapnya.
Ok itulah cerita kami ikut Babah memancing. Cerita pasal Tanjung Fishing Village ni tunggu next entry ya. Babai!
hahahaha, comelnyaa anakmuu kak wehh..hehehe
hehehe..suka dia jek perli babah dia..hahaha
Pingback: Port Kaki Pancing Kolam di Tanjung Fishing Village Pendas, Gelang Patah | herneenazir[dot]com