Dinner @ Shellout Mr. Big Family Bistro, Taman Setia Tropika

Dinner @ Shellout Mr. Big Family Bistro, Taman Setia Tropika

cerita berminggu2 yang lepas mommy salwa & family belanja kami 4 beranak makan di Shellout Mr. Big Family Bistro, Taman Setia Tropika. plan asal ummi yang nak belanja diorang sekali terbalik pula.

ini shellout restaurant kedua saya pernah cuba. lokasi pilihan mommy salwa. RM22 seorang. ada 5 pilihan masakan, butter leleh, lemak cili api, sos lada hitam, sambal kebabom dan kari meletop. percuma nasi dan minuman.

satu set tu dah siap2 ada air. tapi kami terorder juga air sendiri hahaha.

sebelum makanan harus bergambar dulu. syamil tidur je. naik lenguh tangan ummi.

masakan pertama.. sambal kebabom. sedap! rasanya ummi paling banyak bedal yang sambal ni.

yang ni pula masakan kedua, lemak cili api. not bad. tak banyak makan ni sebab lebi tertarik dengan sambal kebabom.

ini masakan yang ketiga, sos lada hitam. sedap juga kuah dia tu. 

dan yang terakhir butter leleh. sebenarnya ni untuk anak2. tapi mak ayah bedal juga. sedaplah lemak2 butter tu. 

ilham tak makan banyak pun. angin kus2 dia kata dah kenyang. syamil bangun dah hujung kami siap makan. dapatlah jamah sikit. thanks mommy salwa sudi belanja kami anak beranak. semoga dikurniakan rezeki yang halal dan berkat.

overall, saya bagi 7/10 markah hehe. masakan banyak pilihan. harga pun murah. portion boleh tahan banyak. kalau korang nak cuba, bolehlah terjah alamat di bawah.

Shellout Mr. Big Family Bistro 

No. 29 Jln. Setia Tropika 1/28, Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor.

Contact No: 017-7090609

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “Dinner @ Shellout Mr. Big Family Bistro, Taman Setia Tropika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!