31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 26

selamat malam selasa. esok dah kerja. cuti 3 hari dah tamat. baru sempat nak update blog maklumlah ada aktiviti dengan kawan2.

cabaran day 26 “Perangai Manusia Yang Tak Disukai”. wahhh mencabar ni. sebab perangai manusia ada macam2 ragam. tak semua orang suka kita ingat tu.

antara perangai manusia yang tak disukai:

1) kaki gebang.. cakap besar

jenis ni kalau bercakap tak pernah merendah diri. jenis dia je yang terhebat gitu. buat jahat pun boleh jadi bangga. na’uzubillahiminzalik. tapi hakikatnya idooook la hebat mana. orang gini kita dengar boleh percaya jangan sekali. dalam hati jek kita gelak sakan.

2) talam beribu muka.. bukan dua muka lagi dah..

kalau kuih talam sedap juga boleh dimakan. talam durian ke nyum3 sedapnya. ni jenis talam yang depan kita baik yang amat. tu pun tak baik juga kadang2. belakang kita memacam dikatanya. siap tokok tambah cerita nak bagi kesan meluat orang tengok kita dan sanjung2 dia. kesan paling teruk orang tu jeling2 kita kalau terjumpa. dahsyat wooo. padahal orang tu tak tahu si talam ni duk jaja cerita dia. sadis! orang macam ni kita tengokkan je lakonan dia boleh pergi sampai mana. agak2 dapat anugerah sri angkasa ke anugerah skrin ke tak.. ekekeke.

3) kaki bodek

ni pun sama haru. nak nampak bagus di mata orang2 tertentu dia kasi bodek. tapi kita boleh detect dengan senang orang macam ni. kalau nampak orang macam ni senyum dan tepuk tangan dalam hati je. dengan ucapan tahniah awak melucukan lagi menghiburkan ekekeke.

malas nak taip bebanyak. sebab ada juga orang yang tak senang dengan kita walaupun kita tak ada ciri2 di atas. ngeh3. biarkanlah mereka dengan cara mereka kita dengan cara kita. jangan semakkan kepala kita nak fikir pasal orang2 macam ni ok. orang2 macam ni kalau kita dekati boleh menghalang aura positif menyerap pada kita. jadiiii.. let it goooooo.. gitewwww! positive vibes only pleaseeeee ?

ok jom share perangai yang korang tak suka dan teruskan menyokong #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. Mar

    3 spesis yang memang ramai orang tak suka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *