31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 22

selamattttt hari khamis. tak sabar dah nak meniti hari2 terakhir berkerja untuk minggu ni. esok last day sebelum cuti 3 hari. 3 hari yang best insha Allah.. balik kampung sambil2 ada program dengan #teamjdtblogger dan geng2 BCA UiTM Melaka.

back to the topic.. “Bila Start Berblogging”. ok actually saya start blogging November 2006. masa awal2 start kerja di Warehouse Geodis. kerja malam boring tetiba terajin buat blog hasil dari blog walking blog2 glamour. antara blog2 yang saya suka blog Ceeranoh, blog kakak dia Viruspadu blog adik beradik dia semua saya follow hehehe. lepas tu lama2 saya tengok macam syok je blogging. best pulak membebel dalam blog. moh la kita buat satu.

dulu yang blog herneenazir.blogspot.my tu main blog. lepas tu ngengada sikit nak berdotcom. saja beli domain name RM30 masa tu dari NetKL. lepas tu ngengada bajet hot lagi siap tukar wordpress dan beli hosting sendiri. masih lagi setia dengan service NetKL sehingga kini hehe.

url mula2 tu lupa lah apa. bila dah officially jadi kekasih hati babah ilham barulah tukar ke herneenazirlife.blogspot.com masa tu lepas tu tukar lagi buang “life” hahaha.

dulu blogging saja2 isi masa lapang. kongsi cerita sendiri, tambah kawan2. sekarang upgrade sikit lebihkan sharing lagi bila dah jadi mak2 ni banyaklah aktiviti dengan anak2 kan. lagi meriah la update blog walaupun ada masa sendu. malas tahap dewa nak update. alahhhh blog ummi ilhams ni blog picisan je. tak ramai pun readers hehehe.

sekarang lebih bersemangat kawan2 makin ramai dan support each other. ada job review dikongsi bersama gitu. sesiapa yang sudi di review produk2 atau bisnes uolls bolehlah contact ummi ilhams ya. macam dah panjang sangat ceritanya.

ok ini antara entry2 terawal baru2 belajar blogging.. too many short form huhhhh.. entry ni masa baru2 kenal babah ilhams ekekeke. jemput baca.. jangan gelakkan saya budak baru belajar ????

http://herneenazir.com/2006/12/21/xde-title-p/ 
http://herneenazir.com/2006/12/19/sleepy-zzzzz/

ok jom share bila korang start blogging. jangan lupa support #jdtblogger #31daysjdtblogger

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 Comments

    • Hernee Nazir

      hehehe lama mar..tapi blog sendulah..hahaha

  1. KakNa

    bestnya dah tahu pasal blogger dari tahun 2006 lagi, saya 2006 baru pandai guna komputer . hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *