31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 18

22/01/2017

salam hujung minggu.

semalam kita dah cerita yang pahit2. hari ni kita sahut cabaran cerita yang manis2 pula. jom move on..yang pergi tetap pergi jangan ditangisi.  esok lusa kita pula menyusul. ececehhh.

ok ini antara kenangan manis ummi ilhams. alhamdulillah tahun 2002 selamat menghabiskan pengajian di UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Pentadbiran Am). Lima tahun berjauhan dengan family. Ummi di London eh salah Lendu.. mak ayah adik2 di Gelang Patah, Johor. si gembeng ni memanglah meleleh air mata masa awal2 masuk U bila family dah tinggalkan sorang2. diploma pun kat sini juga tu yang jadi 5 tahun hehehe. jodoh je bukan dengan orang London hahaha.

banyak kenangan manis sepanjang menuntut ilmu ni. masa diploma duduk hostel, degree duduk rumah sewa. dua2 pun best. duduk hostel ikut aktiviti kolej yang best2 belaka. makan kat dining free.. selera tak selera jek lah makan nasi lauk kawah hehehe. kalau berduit sikit kita panjat cafe makan lauk ayam hitam ohhh sedapnya.

duduk rumah sewa, makan kena masak kalau nak jimat. kau tan masak kau laparlah oi. time ptptn baru keluar bolehla makan sedap. agak2 dah surut silalah rajin2kan diri masak share2 dengan housemate. syok betul dapat housemate sekepala. kau resepi dan masak cara kau. aku resepi dan masak cara aku. tapi kita makan sama2 satu meja. banyak sama banyak, sikit sama sikit. rebut2 telur masin dengan linda haha. masak2 asam pedas dengan emmy dengan aini. kadang2 dengan uderk, ajie, lyn, etty eh cheq pun ada. kira kami ni rajin jugalah masak “kalau mood rajin datang”. kalau tak kami jugalah pengunjung kedai makan nenek hehe. kenangan best masa study.
thanks mak ayah yang bersusah payah menghantar saya masuk U hehehe. sekurang2nya mak ayah boleh berbangga ada anak yang berjaya ke U alhamdulillah. ohh.. gambar tu masa konvo degree. kan main muda belia adik2 saya tu ya. kurus kemain memasing. cuba tengok gambar sekarang hahaha. dah tukar saiz dah. dulu muka sesuci lebaran seputih kasih ramadhan ??? matilah kalau dorang baca. eh itu je cerita kenangan manis. kalau nak ikutkan lagi panjang berjela nak cerita. nanti kesian korang penat baca hehehe

teruskan menyokong #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger. 13 days to go yeay!

Share this nice post:

4 Comments

  • Mar

    23/01/2017 at 3:49 pm

    alhamdulillah…dapat segulung ijazah…

    1. Hernee Nazir

      24/01/2017 at 9:14 am

      alhamdulillah hehehe

  • Ibu Zarith

    24/01/2017 at 9:00 am

    Amboi jauhnya belajar kat london gitu hehe…bila berjauhan dengan keluarga baru kita belajar berdikari kan

    1. Hernee Nazir

      24/01/2017 at 10:20 am

      hahaha fefeeling london kan..duduk jauh best..balik rumah blh reqest makan special2 hahaha

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: