31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 17

Blogging Challenge

selamat berhujung minggu. tajuk hari ni agak menyedihkan. kenapa sedih? sebab pahit sangat untung di kenang.

ini salah satunya. gambar kenangan bersama arwah mak semasa majlis persandingan dulu. kehilangan arwah mak adalah perkara yang sangat2 pahit dalam hidup. tak dapat digambarkan dengan kata2. perit sangat rasa hati. tak tahu nak kata apa. rasa gelap kejap dunia bila hilang doa dari seorang ibu. menahan rindu sampai rasa dada pedih. korang pernah rasa tak sakitnya macamana. semoga arwah mak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. bila rindu datang lagi Al-Fatihah dan doa je mampu diberi. semoga mak tenang di sana bersama cucu mak ilham syakir. dua insan kesayangan saya yang sedang berbahagia di alam lain.

dah tak boleh cerita panjang2 berjurai air mata ni nanti. korang jangan lupa share pengalaman pahit korang ya. till then, keep on supporting #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!