31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 9

Blogging Challenge

salam jumaat.. alhamdulillah ummi ilhams masih bertahan membuat challenge ni hehe.

tajuk hari ni “seseorang yang membanggakan”. saya pilih ayah saya sendiri.. atau panggilan anak2 saya ” tok ayah”. gambar ni masa stop lunch kat hentian sebelah mana entah. kami on the way ke gold coast international resort, melaka untuk celebrate birthday tok ayah oktober 2015. tahun lepas kami celebrate di bandung hehe.

ok kenapa saya bangga dengan ayah saya? eh mestilah.. dia lelaki pertama yang ada dalam hati saya.. saya tak perlu pandangan orang lain terhadap ayah saya because i know him well and better than you hehe. i don’t even care what other people think about him yeahhh. ayah saya ni pada saya spesis kuat semangat. serious. jatuh bangun dia dalam berniaga tapi dia tetap pilih berniaga tu sebagai sumber pendapatan dia. bukan nak puji ayah sendiri tapi ayah saya ni sangat2 murah hati sampai ramai je orang2 ambil kesempatan atas kebaikan dia. tapi saya anggap itu sebagai saham dia kat sana nanti. saya bangga ada ayah yang pemurah. biarlah Allah saja yang menilai buruk baik dia bukan kita sesama manusia.

malaslah nak cerita panjang2 pasal ayah ni. saya taip ni pun air mata dah bergenang. sedihnya hati kalau sampai masa Allah jemput dia nanti. tak sanggup nak hadapi kesedihan macamana saya hilang mak dulu. perit menanggung rindu. semoga Allah merahmati ayah saya dan mengurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang halal dan berkat. saya sayang ayah saya dunia akhirat. semoga saya dapat berbakti kepada ayah saya selagi hayatnya dikandung badan.

ok siapa yang uolls banggakan? jom share. jangan lupa siapkan task day 9 ya.

support #31dayschallengebyjdtblogger #jdtblogger

Related Posts

One thought on “31 Days Challenge by JDT Blogger – Day 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!