Deko Bajet Dari Mainan Anak-anak :)

09/09/2016

.facebook_1473390930772

gambar ni dah lama saya post di facebook dan instagram saya dan group deko di facebook.
cuma terlupa nak sharekan di blog hehehehe maklumlah mak is busy.

deko bajet ni saya ilhamkan dari papan mainan anak-anak.
hahahaha gila kejam ummi ni rembat mainan anak-anak kan hahaha.
ini bukan kejam ini cara-cara tak nak membazir namanya.

apa saya buat?
saya ambil papan ni jadikan sebagai tray.
letak bunga kaktus plastik dan sepasu bunga plastik yang di beli di kedai barangan kahwin.
jadilah pengalas bunga2 comel tu.

tapi kena ada kesabaran level tinggi langitlah.
sebab kedudukan tray dan bunga2 comel tu tak kekal di atas meja ye.
kedudukannya akan berubah mengikut mood pasang surut anak-anak bijak di rumah.
kadang-kadang tinggal tray je. bunganya ghaib ke mana.
kadang-kadang bunganya ada atas meja lain.
tak pun di lantai duduknya hahahaha.
buta masa ni saya detect tray dan bunga ada atas sofa depan pintu utama.
itu sama ada kerja anak-anak atau babahnya yang nak selamatkan bunga-bunga comel tu.
hahahahaha.

sabar je lah ye ummi babah.
kalau tak sepah-sepah tak syok la kan.
nama pun ada anak-anak yang nak membesar hehehe.
ayat sedapkan hati sendiri ekekeke.

haaa itulah sikit sharing deko bajet saya.
nanti saya share lagi ye.

p/s rumah kami sederhana je.. ikut poket sendiri.. ada masa kemas ada masa macam singapura dilanggar todak Smile with tongue out

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: