lawatan kali kedua tadika ummu mukmin dan aulad ilmiyyah untuk tahun 2016.
kali ni ke angry bird activity park pula. tiket RM75 seorang.
discuss2 dengan babah, akhirnya kami berpakat izinkan ilham join.
babah kata dia nak belanja ilham. yeay!
dah lama dia merengek nak ke sini. tapi ummi babah belum realisasikan hehe.
dengan alasan kukuh tiket mahal hahahaha,
dari mula bagitau nak gi ke sini dia dah start dah menyoal berkali2.
ummi redho jek lah memang dah faham sangat perangai ilham.
excited sangat nak tengok angry bird hehehe.
mula2 cikgu scheduled nak ke sana 18/8/16 sekali di awalkan sehari 17/8/16.
oleh sebab2 yang ak dapat dielakkan. kami ok jek.
hari tu babah kerja shift malam, jadi dah siap2 pesan balik awal.
semua student kena berkumpul di tadika ummu mukmin, taman nusantara.
ilham bekal daging burger jek dengan air masak.
walaupun cikgu kata ada makanan tapi tak rasa dia nak makan roti ke apa.
gambar2 semasa di tadika ummu mukmin sambil menunggu ketibaan bas.
ohhhhhh gambar2 ni of course lah atas belas ihsan cikgu2 UMAI.
dalam bas duduk dengan bff dia la siapa lagi kalau bukan ammar.
jannah and the geng bersama cikgu ika.
dah sampai pun. entah apa la yang abang ilham belekkan tu.
anak2 UMAI.. uniform suka hijau ummu mukmin, yang biru aulad ilmiyyah.
tadika abang adik hehehehe.
abang ilham and friends. opppss cikgu fatin dan cikgu ika ada sekali.
ummi dah pesan siap2. nanti kalau cikgu ambil gambar ilham jangan buat perangai.
tengok je depan kalau tak gambar ilham tak cantik.
alhamdulillah ingat pesan ummi.. berhasil jugalah gambarnya hehe.
menunggu turn.
dah dapat masuk dalam.
apa la gaya dibuatnya tu abang ilham oii. kopiah mana ghaib.
ni main tembak2 kot.
ummi pun tak tahulah ni tengah buat apa hehehe.
rombongan encik ilham sampai semula ke gelang patah lebih kurang jam 2.30pm.
macam biasa mamam cu dan mommy ngah la tukang jemput dia.
petang balik kerja macam tak sempat2 nak bercerita betapa syoknya pergi angry birds activity park.
tunjuk kat ummi gambar dia cikgu print kan.
nasib baik buat peace jek. muka tu nampak hehehe.
suruh ummi simpan takut adik main. hahaha.
ayat syahdu dia.. ada banyak mainan tapi ilham tak beli pun ummi.
ye ummi tahu. kalau pergi dengan babah dan ummi konfem ilham nak beli satu kan hehe.
dia tak sabar2 nak warnakan tabung angry bird ni.
ummi kata tunggulah ummi siap masak nanti ummi tolong.
dia tak nak juga.. sudahnya ummi tengok angry bird ilham dah comot koreng.
terpaksalah ummi basuhkan semula. dah cover balik pipi angry bird yang dah diwarnakan hitam.
nak larang kesian. suka hatilah nak buat apa pun ilham.
tapi bila ummi tunjuk kawan2 lain punya angry bird cantik dia buat muka sedih.
ok2 ummi tolong cantikkan angry bird ilham.
taraaaaaaaaaaaa.
haaa barulah rupa angry bird hahahahaha.
babah balik tunjuk kat babah.
suruh babah simpan dalam almari takut adik main.
cisssss kesian adik tak merasa nak main angry bird hehehe.
alhamdulillah tabung angry bird masih bertahan lagi dah seminggu ni.
harap umur tabung ni panjang hahahahaha.
itulah cerita ilham dan kawan2 ke angry bird activity park.
dia ngecek babah nak ke sana lagi nak bawa adik kata dia.
insha Allah, doakan ummi babah dimurahkan rezeki.
ada rezeki lebih kita pergi sama ye