#Raya2016 | Jamuan Hari Raya Tadika Aulad Ilmiyyah

Hari Raya Aidilfitri My Hero Kechik - Ilham Syahmi The Ilhams Learning Phase

jamuan hari raya abang ilham dan kawan2 di tadika aulad ilmiyyah 21/7/16 yang lepas.
awal2 ummi dah pesan nanti kalau cikgu ambil gambar sila jangan sabotaj.
jamuan ni secara pot luck.. jadi mak ayah kena sumbang la makanan.
macam biasa menu last minute ummi ilhams.. karipap telur hehehe.
takut tak sempat masak pagi jadi siap2 order dengan ibu azie.

tengahari sikit cikgu post gambar2 raya dan video takbir dalam group whatsapp.
geleng kepala sambil gelak sesorang ummi tengok gelagat ilham.

IMG-20160721-WA0005

tengok tu gaya apa yang dia buat.

IMG-20160721-WA0007

dalam video masa ni dia kerja mengacau ammar.
sampai ammar berbunyi.. “cikgu ilham main2” hahaha.

IMG-20160721-WA0009

yang part ni.. yang baju purple mengadu.. “cikgu.. dia tengok perempuan” hahaha.
alahai anak2.. comellah korang ni kan. sikit2 ngadu dengan cikgu. hehehe.

IMG-20160721-WA0006

IMG-20160721-WA0013

tengok tangan ilham sesuka hati letak atas kepala kawan tu.
kesian tudung makcik kenit tu ha.

IMG-20160721-WA0008

IMG-20160721-WA0014

thanks cikgu fatin dan cikgu ika melayan kerenah ilham dan kawan2.
oppsss ummi perasan orang lain beriya berkain samping bagai.
ummi terlupa pakaikan ilham hehehe. halallah tu kan.
yang penting dah settled.

next program abang ilham nak ke angry bird acitivity park rabu depan.
harap2 urusan cikgu2 dipermudahkan melayan 50++ anak2 UMAI.
abang ilham excited sangat dah tu hari2 duk tanya.
siap marah ummi lambat2 isi form kebenaran dari babah hehehe.
ok nanti kita update cerita abang ilham dan kawan2 ya.
babai!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!