akhirnya sampai juga entry raya pertama hahahaha.
punyalah pemalas nak transfer gambar2 dari dslr babah ilhams.
malam tadi ku gagahkan jua mentransfer gambar2 terpilih.
yang terpilih je lah.. yang haru biru tak payah la masukkan dalam blog hahaha.
gambar sefamily anak cucu atok mahat dan atok tipah. gambar ni without pakcik.
pakcik tukang snap gambar.
ok yang ni pakcik dah masuk yeay! tapi masih tak complete sebab family kak andak tak sampai lagi.
pagi tu sebenarnya hujan lebat gila. hujan rahmat 1 syawal.
alhamdulillah lepas diorang balik dari solat sunat aidilfitri hujan dah beransur reda.
kak long & family bersama mak.
abang na’ai & family bersama mak.
keluarga kecil kami bersama mak tersayang.
hmmm.. gambar raya kami semua tak menjadi kan.
ada je abang ilham photo bomb kan.
dia boleh buat perangai tak nak tengok kamera.
gasaklah nak oiii.
acu dan mak. mudah2an next year bertiga pulak hehehe.
angah dan mak. gambar family angah macam tercicir pulak.
hero2 kak long.
dulu awal2 makcik kahwin dengan pakcik semuanya rendah2 lagi.
sekarang makin lama makin menggalah hahaha.
suka ati je buat perumpamaan.
ummi dan hero paling kecil.
gambar2 kat atas ni selepas bermaaf2an sebenarnya hehehe.
dah siap bermaaf2an la baru kitorang keluar bergambar.
gambar bermaaf2 tu tak sempat nak snap sebab dah bizi melayan perasaan hehehe.
gambar ummi bermaaf dengan babah pun idok ler sempat diambil.
sebab menghayati detik2 manisssss eceeeeeehhh.. buwek.
amacam hensem tak saya? hehehe.
budak ni memang susah nak ajak bergambar bila dah besar ni.
susah betul nak tengok kamera. hmmm sabar jek lah.
sibuk nak keluar budak kecil ni tau.
nak suruh bergambar dua beradik pun dua2 tak duduk diam.
yang ni macam nak berzapin dah.
yang ni boring ummi tak bagi keluar. sampai terhantuk kepala tu.
meraung ni ha.
makan hati ummi nak ajak dia wefie.
semua gambar dia buat muka tau heiiii macam nak gigit jek.
ni disebalik tabir nak bergambar kat depan rumah hahaha.
suruh gambar elok2 dengan babah. hmmm tapi ni je hasilnya.
ni kembar Allahyarham TJ. mata makcik tengok ada iras2 la muka along dengan TJ hehehe.
mesyuarat ringkas anak beranak.
sambil menanti kumpulan marhaban berkunjung ke rumah.
boring je adik ummi asyik ajak bergambar.
warna tema tahun ni sangatlah last minute ngeh3.
saat2 adik beradik lain dah siap baju raya dengan warna tema masing2.
ummi ilham masih terkial2 mencari warna yang sesuai.
sudahnya terfikir warna tiffany blue.
baju melayu hero2 kami beli di jakel.
capai sana capai sini dah siap dapat 3 pasang.
walaupun warna baju babah dan anak2 agak bertona sikit hahaha.
layankan aje lah janji warnanya dekat2.
babah nak cekak musang, anak2 pulak yang ada cuma teluk belanga.
bila dah dapat baju diorang barulah fikir baju ummi.
google2 jumpa nursing kurung berwarna aquamarine dari mumsluv.
mintak pendapat cik abang, dia kata ok je.
zasssss terus beli. cerita baju ni next entry ye hehehe.
lepas marhaban dah settled kami beraya ke rumah saudara mara sebelah babah.
amboiiii sempat kat tangga rumah nek uda ye dik.
ni je gambar beraya rumah mokde babah.
rumah lain tak dan nak snap.
balik rumah siap warning babah jangan salin baju dulu.
sebab tak dapat lagi nak bergambar berdua.
nak cepat punya pasal.. dapat berwefie berdua macam ni je.
jadilah kenangan raya 2016. bila ummi dan babah fefeeling baru kahwin.
hahahaha.
oh terlupa nak cerita menu kami.
nasi impit, ayam masak merah, lodeh, kari ayam, rendang daging.
ada juga menu tambahan jiran2 saudara mara bagi.
sup ayam pulak untuk rombongan marhaban.
tapi tuan rumah pun makan sekali hehehe.
alhamdulillah settled raya day 1.
malam tu sempat beraya ke rumah bff babah ilhams.
esoknya kami sambung lagi beraya selagi belum balik gelang patah hehehe.
ok to be continued!
xoxo | ummi ilhams