masih lagi fasa mempuree
puree seterusnya ialah puree keledek lemak manis hehehe.
Resepi Puree Keledek
1) 2 biji keledek (stok 4 hari)
2) air masak secukupnya
Cara penyediaan: (step by step)
1) kupas kulit keledek
2) potong kecil2 supaya cepat empuk dan masukkan ke dalam pengukus steam it.
3) kukus selama lebih kurang 10 minit. (tengah menunggu keledek empuk, adik syamil dah ngek3 kat atas)
4) masukkan dalam baby bullet, tambah air masak secukupnya dan blend sehingga lumat.
5) taraaaaa.. dah siap puree keledek. ummi sempat ngap sikit.
lemak manis. yummy. abang ilham menjengah ke dapur tengok ummi buat puree sambil membebel.
”eeee apa tu ummi.. makanan adik eh? macam tak sedap jek..macam busuk..buweeeekk”
cisssss tak ada insurans mulut abang eh.
dulu awak makan puree keledek juga abang ilham oiii.
6) masukkan dalam cube cups dan bullet cup. dapatlah 7 bekas untuk stok 4 hari.
next nak cuba puree carrot dan brokoli.
stay tuned.. nanti ummi ilhams share resepi simple puree ye.