Percutian di Kg. Salang Pulau Tioman – Part 1 | dua tahun perap entry. ko hadooooo??? hahaha
nampak orang update entry holiday baru teringat.. oh maiii.
ada 2 entry holiday tak update.
satu entry berumur setahun (cuti2 tg. balai karimun)
satu lagi entry dah masuk 2 tahun uols, entry ni lah.
holiday dalam bulan jun 2013 3 hari 2 malam ke pulau tioman.
dan kami pilih ke kg. salang nun diatas sana kalau tengok peta hehehe.
percutian bersama adik2 dan pokteh sekeluarga.
plan tak lama pun tau2 jadi jek nak ke sana.
kadang2 tak perlu plan beriya pun kan, selalunya plan beriya yang tak jadi.
so kita relax2 jek.. tenang2 hehehe.
abang ilham baru 2 tahun time ni. ummi pulak terboyot2 bawa anak syurga dalam perut. masa ni syakir dalam kandungan ummi lebih kurang berusia 5 bulan.
on the way ke mersing 🙂
masa ni baru lepas makan dan menunggu masa nak membeli tiket feri. entah diorang singgah beli apa pun tak ingat. 2 tahun kooooo simpan memori hahaha. tiket feri RM70 pergi dan balik dari jeti mersing kalau tak silap.
menanti gate di buka.. ohhh sangat excited time ni.
mak yong dan mak pah.. ilham’s favourite aunties hehehe.
haaaa ni dalam feri. nak tunggu sampai salam 1 jam lebih sempatlah berkali2 ilham ngempeng sambil tertidur. rasanya ummi pun sempat lelap hehehe. habis kudut si ilham masa ni kan.
feri2 ni akan berhenti di 6 perhentian kalau makcik tak silaplah iaitu kg. genting, kg. paya, kg. tekek, kg. air batang, kg. panuba, dan kg. salang. masa ni diorang turunkan penumpang yang nak ke kg. salang dulu. kitorang lah tu.. dan ramai juga2 pelancong2 lain. dalam perjalanan tu rasa kagum betul tengok ciptaan Allah. laut yang sangat luas, walaupun hati kecil besar je berada di tengah2 laut.
Percutian di Kg. Salang Pulau Tioman – Part 1
bila dah nampak bayang kg. salang. fuhhhh excited yang amat. subhanallah cantiknya la hai air yang membiru. damai sungguh.
sesampainya di jeti kg. salang. rasa nak melompat dalam air terus. oppssss. adik syakir ada kat dalam. behave ummi behave.
welcome to kg. salang 🙂
subhanallah. enjoy the beautiful scenery.
sampai2 kami check in di salang sayang resort. memang dah siap book awal2 lagi. kami ambil 2 garden view room with aricond, 1 family room with air cond, 1 fan room sea view. rate dalam rm300++ tak silapnya. kami tak ambil pakej. haaaa.. kami stay sini. sampai2 terus terbongkang kepenatan.
petang baru ronda2 cari makanan. makanan ya ampun boleh tahan mahalnya sedap tolak tepi. hahaha. petang tu seigatnya kami melantak burger. tak sempat nak snap dah. lepas tu dorang pakat mandi manda di tepi pantai yang indah. ilham masa ni sangat2 alergik dengan pasir. ngengada menjerit meraung2 tak nak pijak pasir. adoiii ummi tak dapat join meratah pasir2 tu.
dah nak senja kami baliklah ke kandang masing2. plan esok dorang nak pergi snorkelling, round2 pulau. hmmm.. ummi dan ilham bakal2 tercanguk dalam chalet la jawabnya.
makan malam kat kedai paling terdekat oh harganya meletopsssss. nasib baik sedap. nak jalan jejauh ke depan dorang tak nak. jadi makan jeklah mana sempat.
esok paginya dorang bersiap2 nak meronda pulau dan pergi snorkelling. i is jealous.
nahhhh.. babah ilham dan kaki itiknya hahaha. kurus heh 2 tahun lepas hahaha.
babai semua.. selamat meronda pulau. ummi dan ilham tinggal sambil bergolek2 di challet. tak beranilah nak ikut naik bot. bahaya terhentak2.
apa kami buat 2 beranak?
hmmmm.. melepak tepi pantai sambil mendapatkan line wifi.
sian budak ni tunggu babah balik. tetiba ummi fefeeling babah kerja sebagai nelayan. ummi dan ilham tunggu tepi jeti hahahaha.
sambil menghirup udara panas terik pantai hahaha.
Percutian di Kg. Salang Pulau Tioman – Part 1
botol air masak abang ilham yang mesti di bawa kemana2.
penat menunggu kami makan tengahari dua beranak. makan dua beranak tu mencecah RM20++ phewwww. lepas makan balik ke challet. golek2 sambil tidur2. ummi lebih tidur dari ilham hahaha.
petang tunggu semula dorang balik. gambar2 diorang snorkelling tak sempat nak copy dan malas nak ambil dari babah. hahaha.
petang2 kami meronda pantai lagi.. ohhh indahnya.
tengok budak kecik tu ngade2 tak pijak pasir.
antara gambar2 kami bercanda di pasiran pantai hehehe.
hanya tinggal kenangan..
babah + ummi = ilham & baby (arwah ilham syakir)
malam kami keluar lepas maghrib cari port makan. masing2 dah kelaparan. port yang sama je tapi kali ni kami makan ikan bakar segala. sedap memang sedap tapi harganya pun sangat sedap.
pak ayan hilang kejap, rupanya dia syok tidur dalam buai. kepenatan meronda pulau dan snorkelling agaknya.
babah menghiburkan kami sambil mengisi perut hahaha.
papacu dan mamacu semasa mok2. hahaha. gambar mami ngah tak ada pulak.
pok teh, nek teh masing2 melayan internet dengan wifi yang ada. tak ingat cajnya berapa.
ummi melayan kerenah budak conet ni ha. lepas lepak2 makan menghirup udara malam, kami baliklah ke bilik masing2. time to sleep. next entry sambungan hari esoknya ye.. fuhhh jenuh ingat semula kejadian lepas hahaha.
stay tuned!
😉
Baca juga: Cuti2 di Kg. Salang Pulau Tioman – Part 2
Pingback: Percutian di Kg. Salang Pulau Tioman - Part 2 - herneenazir.com
Pingback: Pakej Lengkap Percutian di Tunamaya Beach & Spa Resort Pulai Tioman - herneenazir