Pregnancy | Check Up di Pusat Pakar Sakit Puan Dan Perbidanan Khor & Loh.
semalam punya cerita.
buat 1st check up kat Khor & Loh.
sebelum2 ni awal2 dah check up sini.
oleh kerana kekurangan masa nak menunggu turn.
jadi kami buat hujung2 pregnancy, angan2nya nak bersalin kat sini lagi.
call dari rumah dalam pukul 2pm.
nombor giliran memang dah habis la kan kalau dah time2 gini.
jadinya kami ke sana ambil nombor dulu untuk jumpa doktor sebelah malam.
dalam masa menunggu tu kami bertiga beranak merayau2 la kat AEON Mall, Bukit Indah.
bukan merayau2 kosong.
merayau2 sambil settledkan beli kelengkapan adik baby.
alhamdulillah, persiapan sederhana kami dah siap.
lega rasa hati. sebab takut kalau2 makin berat nanti ummi tak larat.
ikut babah, dia ok jek shoppingkan barang2 baby.
dengan syarat ummi bagi list lah kan.
tapi hati mak ni tak puas kalau bukan sendiri yang membeli hehehe.
sampai ke Khor & Loh semula dalam pukul 7 lebih.
turn katanya dalam pukul 8 lebih.
macam biasalah kat sini memang ramai patient.
jadi bertabahlah menanti giliran.
untuk panduan yang baru nak mendapatkan rawatan di sini.
ada dua doktor, Dr. Ong dan Dr. Khor.
Alamat dan Nombor untuk dihubungi:
Pusat Pakar Sakit Puan Dan Perbidanan Khor & Loh
Alamat: No. 145 & 147, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor.
Klinik: 07-556 3567
Emergency & Delivery Room (24 hours): 07-557 4568
Consultation Hours:
Open Daily: 9.00am – 5.00pm ====== 7.30 – 9.00pm
Every Tuesday: 9.00am – 3.00pm ====== 7.30 – 9.00pm
Every Wednesday: 9.00am – 3.00pm
Every Friday: 9.00am – 12.00pm
** Including certain Public Holidays
haaaaaa.. kami yang kematu menunggu turn.hehehe.
ada awek sebaya nak ngorat abang ilham.
tapi dia jual mahal.
ummi cakap kat dia.
“ilham, pergilah main dengan kawan tu”
“tak nak lah, isham malu la mi”
tak sangka pemalu anak bujang ummi ni
tengok tu nak melekap kat ummi jek.
makin manja sejak nak jadi abang.
asyik buat2 gaya baby sambil merangkak adoiii..
bila sampai turn kami nombor 123 bergegas la masuk bilik doktor.
dapat Dr. Ong.
doktor ingat lagi saya yang induced baby meninggal dalam perut last year.
Dr. Ong offer ilham vitamin C.
anak bertuah ni boleh pula menjawab.
“ehhh.. tak apalah kat rumah ada”
gelak jek Dr. Ong dengar dia jawab macam tu.
“kalau gitu, u belanja saya lah.. boleh?” kata Dr. Ong.
nampak tak marketing power Duta kecil Shaklee saya tu.
dia tetap setia dengan “Shaklee Chewable Vita-C Plus”
setiap kali mana2 doktor offer vitamin diorang mesti dia tak nak. hehehe.
tapi lepas tu ummi dan babah pesan.
“ilham, kalau orang bagi ilham ambil je tau.. tu tanda hormat kita pada orang”
dia jawab.
“baik ommi”
Dr. Ong scan adik baby.
abang ilham excited nak tengok.
doktor belum scan dia dah cakap.
“mana? tak ada pun?”
adoiii ilham. macam dia doktor.
bila doktor tunjuk adik baby, tetiba dia bersuara
“emmm.. comelnya”
ecehhhhh macamlah nampak jelas sangat kan. doktor kata.
“ye la comel macam awak”
senyum meleret.
Pregnancy | Check Up di Pusat Pakar Sakit Puan Dan Perbidanan Khor & Loh
alhamdulillah, baby ok kata Dr. Ong.
pembesaran normal. berat masih sama lebih kurang 1.495 kg.
doktor nasihatkan saya ikut je diet control tu.
bila saya cakap nak bersalin kat sini dia bagi list ni.
Senarai keperluan ibu dan bayi bagi yang ingin bersalin di Pusat Pakar Sakit Puan Dan Perbidanan Khor & Loh
Ibu
T-shirt – 3 helai
Sarong aka kain batik – 3 helai
Stokin – 2 pasang
Panties – 5 helai
Maternity napkin (big & long size) – 1 bungkus
Berus gigi – 1 pc
Ubat gigi – tiub
Baby
Pakaian bayi – 2 set
Mitten & booties – 2 set
Pampers – 1 paket (30 pcs)
Wet tissue – 1 paket
Remarks:
Semasa mendaftar masuk wad, sila jangan bawa barangan berharga. (e.g: wang, barang kemas)
rasanya kalau ikut list ummi ilham.
lebih dari apa yang disuruh bawa tu. hehehe.
kalau boleh nak bekal satu robok.
nanti saya share “Checklist Keperluan Ibu & Bayi” ye.
stay tuned!
so next appointment will be on 28 December 2014.
semoga segala urusan dipermudahkan. amin.
Baca juga: Pemantauan Sendiri Blood Sugar Profile (BSP) – Step By Step
berap harg bersalin kt sini
masa saya bersalin tahun 2013 RM2000.. tapi masa tu baby saya meninggal.. so maybe cost tak banyak la..
sekarang costinh bersalin bpe yea?
rasanya sekarang normal dah 3k ke atas.
awak bukak buku pink kat sini, sekali checkup berapa ya?
saya bukak buku pink kat klinik kerajaan. check je kat sini. sekali check masa tu bawah rm100 la. dalam rm60 gitu. sekarang saya tak pasti berapa.