#bentoilhamsyahmi | Kisah 4 Bento Dalam Kenangan :p

haaaa.. dah lamakan berbulan2 ummi ilham tak membento.

bukan di sengajakan. memang sejak pregnant mood nak membento tu sangat kelaut.

kesian ilham asyik tanya je.

“ommi.. isham nak nasi bear.. fish.. boleh?”

ummi pun jawab “boleh.. nanti ummi buatkan”

tapi ummi buatkan ikut acuan jek la.

tak larat pulak nak mencetak seaweed bagai tu semua.

ceritanya ni minggu lepas.

projek malam sabtu, ummi buat 4 set bento.

babah tukang shoot. gambar2nya ni bakal dimasukkan ke majalah Ibu & Anak.

kawan blogger aka wartawan Utusan Karya minta ummi ilham buat bento dan resepi.

mula2 macam malas. bila babah bagi support zuppppp terus bersemangat.

beriyalah lepas maghrib ummi kelentang kelentung kat dapur sesorang sambil dikacau dek assistant kecil sorang tu kan. siap satu suruh babah photoshoot. begitulah seterusnya.

lepas siap kami jugalah yang jadi tukang makan. amboi kan main puji melambung lagi ilham. excited tengok bento memacam rupa. bajet ummi handal sangat la tu gamaknya. hahaha. padahal cincai boncai.

angan2nya malam tu juga dah boleh send gambar2.

tapi babah kata esok jek dia transfer gambar2. ok tak pe lah. lagi pun kesian member penat. sekali esoknya babah kata gambar hilang sebab memory card ada virus.

alaaaaaaaaaa kasimmmmmmm..

nak nangis i tau. huwaaaaaaaaaaaaa.

“alaaaa.. camana ni bah?”

“tak pe.. nanti esok buat lagi.. babah tolong shootkan gambar.. dah janjikan dengan fiza.. hantar jek.. nanti orang tak percaya dah dengan kita”

“baiklah!”

godeh2 handphone. ada la 4 keping yang sempat saya snap sendiri. takkan nak bagi gambar ni kot. tak ada kualiti. hmmmm.. pasrah. malam isnin lepas maghrib gigih mak buat bento 4 jenis lagi.

ni la dia bento yang hanya tinggal kenangan.

20141017_214041

fusilli bolognese + limau sunkist

20141017_215313

nasi rabbit + udang goreng sos + epal

20141017_215651

sandwich cheese berbentuk dinosaur + biskut chipsmore + salad, brokoli & tomato

 

20141017_223242

nasi angry bird + sayur campur + salad + epal hijau & limau sunkist

 

haaaaa..itulah ceritanya. 

gambar bento2 baru yang 4 jenis tu tunggu je lah keluar kat majalah Ibu & Anak nanti ye.

lupa nak tanya keluaran bila. nanti saya share kat blog.

 

ala bukan apa saja nak share bento2 tu. mana tahu membantu ibu2 lain.

sebenarnya saya bukanlah pakar sangat memasak dan menghias bento.

buat suka2 sebab teruja tengok ibu2 kat group Kelab Bekal/ Bento Malaysia tu ha.

bila saya cuba buat ilham pun suka. jadi saya pun bersemangatlah kan.

 

ok lah, nanti dah keluar majalah sila beli ye ;p

hahaha bajet HOT!

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *