14 July ‘14 | Ilham Syahmi Turns 3!

MIS3

 

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan “Muhammad Ilham Syahmi bin Mohd Nazir”..

Allah selamatkan kamu..

 

“Alhamdulillah.. bertambah lagi setahun usia ilham.. Ummi dan babah doakan semoga ilham menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah, Rasul, ummi babah.. semoga Allah kurniakan kebijaksanaan kepada ilham.. semoga Allah elokkan peribadi dan akhlak ilham.. fasihkan lidah ilham untuk membaca Al-Quran dan Hadith.. ummi dan babah doakan suatu hari nanti ilham jadi seorang hafiz.. semoga ilham diberi kesihatan yang baik.. mendengar kata.. penyejuk mata, penenang hati ummi babah.. semoga ilham menjadi hamba Allah yang berjaya dunia dan akhirat”

Semoga peribadi ilham seindah maksud nama “MUHAMMAD ILHAM SYAHMI” (Yang Terpuji, Yang Berilham/Idea, Yang Berani)

 

==================================================================

 

Surprise di malam birthday..

taraaaaaaaaaaaa..

 

IMG_20140713_232253

 

seharian semalam tak tidur.. akhirnya terus terbongkang tak sedar diri.. ternganga sekali mulut tu ha..tapi dalam mamai2 tu sempat lagi merengek nak eskrem.. “isham nak aiskrim.. isham nak aiskrim” sampai tertidur..sejak baik dari demam.. mulut makin petah bercakap.. walaupun ada lagi words yang kelaut.. hanya ummi dan babah yang faham.. hehehe..

alhamdulillah ummi berjaya wean off ilham bulan lepas.. syukur misi nak menyusukan ilham 2 tahun terlajak2 sampai 2 tahun 11 bulan.. memang rezeki Allah yang tak dijangka.. semoga berkat susu ummi untuk ilham.. nanti dah kahwin ilham mesti support wife ilham untuk breastfeed baby tau.. masa mula2 wean off alasan ummi sakit.. kesian juga tengok dia merengek nak susu.. siap tak boleh tidur sampai pukul 3 pagi.. pusing ke kiri ke kanan resah gelisah.. nak tidur pun sekarang ummi kena ngadap dia dan berbantalkan lengan ummi.. “isham nak sayang omi” kata dia.. ada satu hari tu, dia merengek nak susu.. ummi jahat dengki.. conteng celak kat cik b.. terus meraung member..sorry ilham.. bila dia mintak ummi cakap ummi sakit.. sekali gatal2 tanya dia.. “ilham nak susu?” dia jawab.. “tak nak lah.. omi sakit.. sian omi nak mati” gulppppppp sampai tahap nak mati kata dia ekekeke~ proses nak wean off mak memang kena cekalkan hati.. kalau tak memang tak berjaya.. serious! memang sedih dan kesian.. hati mak mana la tak sedihkan.. itulah aktiviti paling berharga antara ibu dengan anak.. moment2 menenangkan.. alhamdulillah!

sejak wean off demand makan meningkat2.. rutin harian last makan nasi mesti pukul 12am kadang2 hari2 macam tu.. tapi badan menten selim melim.. hehehe..ikut ummi kot? okbai! Nyah-Nyah

 

ummi selalu cakap.. ilham jadi anak soleh ye.. sekali dia marah daaaaaaa.. dia jawab.. “eh.. bukanlah.. isham anak babah omi lah” kuang3.. mungkin pada fahaman dia ummi kata ilham anak pak soleh.. tu yang dia hangin.. bila masa pulak dia anak pak soleh..sah2 dia anak ummi babah..hehehe.. mulut dia makin menjadi2 petahnya..

alhamdulillah di usia 2 tahun lebih ilham dah boleh baca ABC, Aliff Ba Ta, nombor 1-10, doa makan, doa tidur.. dah hafal setiap huruf2 tu semua.. syukur alhamdulillah..semoga ilham semakin terang hati.. mudah ilmu nak masuk.. dan mudah sel2 otak nak berhubung.. walaupun bahasa ada kalanya kelaut..

insyaAllah nanti ummi belikan ilham hadiah special ye.. malam ni kita potong kek kecil2 jek dulu.. lepas raya kita potong kek besar2.. bila tanya “ilham nak hadiah apa?” pantas “nak adik baby lah” katanya koooooooooo.. insyaAllah kalau Allah izinkan dan bagi kita rezeki.. satu hari nanti ilham akan dapat adik baru ye.. doakan ummi dan babah..

selamat mengharungi fasa umur 3 tahun wahai anak syurga ummi babah!

ummi & babah sayang ilham sangat2!

 

xoxo,

Ummi & Babah

//14714//

 

p/s cantik pulak date birthday ilham tahun ni kan.. 14714.. oppssss sebelum terlupa.. “happy birthday untuk pak ngah murat” nanti boleh potong kek sama2 request mak andak buatkan kek sedap hehehe

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *