Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 9 Ogos 2012
Tarikh: 9 Ogos 2012
Papa jangan bimbang. Anda tidak akan dipinggirkan walaupun mama ada bayi baru. Pastikan papa dan mama bersama-sama berbincang untuk mendapatkan suasana bilik tidur yang lebih segar, bebas stres dan relaks.
Berikut ada 50 cara merangsang hubungan selama menyusukan.
- Mama kenalah ingat pada papa selalu. Bukan pada ‘baby’ baru sahaja.
- Papa pun janganlah biarkan mama jaga anak seorang diri. Tolonglah mama.
- Ketika mama bersama ‘baby’, papa ‘joint’lah sekali. Barulah tidak rasa terpinggir.
- Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tidur untuk saling bertukar-tukar cerita.
- Setelah ada anak, mama dan papa kena banyak bertenang. Barulah hati rasa senang.
- Kalau rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang, beritahulah pasangan agar dia tahu dan sama-sama dapat mencari jalan penyelesaian.
- Papa, ajaklah mama ‘dating’. Macam masa baru berkahwin dulu.
- Papa, tolonglah mama buat kerja rumah. Barulah mama ada masa untuk papa.
- Payu dara ibu menyusukan selalunya membengkak. Jadi, berhati-hatilah kalau papa nak dekat dengan mama. Takut tersentuh. Kesian mama, sakit.
- Papa dan mama, jangan lupa luangkan masa untuk bersama. Ingat, kualiti lebih baik daripada kuantiti.
- Papa dan mama, mandilah bersama.
- Papa kenalah rajin memuji mama kerana ibu yang menyusukan selalu rasa mereka busuk dan tak cantik.
- Kalau nak lagi romantik, berilah mama hadiah.
- Mama pula, berilah kad ucapan kepada papa. Tuliskan kata-kata romantik. Papa mesti rasa terharu.
- Apa kata kalau mama dan papa lakukan perkara-perkara yang baru dalam hidup. Barulah tak rasa bosan.
- Sekali-sekala, papa kenalah urut mama. Mesti mama tambah sayang. Lebih-lebih lagi selepas mama penat melayan kerenah ‘baby’ baru.
- Mama kenalah cium papa selalu. Papa pun kena buat macam tu kat mama. Barulah mesra.
- Lagi satu, jangan lupa ucapkan ‘I Love U’.
- Kepada mama, berhiaslah. Barulah sedap mata papa memandang.
- Tapi, jangan lupa pakai minyak wangi.
- Kalau dah cantik-cantik tu, tunggu apa lagi? Ambillah gambar bersama. Mesti ‘meletup’.
- Kalau mama dan papa berjalan-jalan, jangan lupa berpegang tangan walaupun si kecil sudah ada.
- Jika papa sakit, mama mesti jaga papa dan beri dia makan ubat. Jangan asyik tumpukan perhatian pada ‘baby’ sahaja.
- Mama dan papa kena saling ucapkan terima kasih di atas segala yang telah papa dan mama lakukan.
- Jika berkesempatan, sembahyanglah bersama-sama.
- Beberapa bulan sekali, buatlah sesi ‘post mortem’ dan ‘brainstorming’ agar mama dan papa dapat mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaian serta melaksanakan perkara-perkara baru dalam rumah tangga.
- Kalau papa nak bersama dengan mama, kenalah tunggu sehingga sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin kerana perineum mama belum sembuh lagi.
- Kalau papa dan mama ingin bersama, jangan tergopoh-gapah. Relaks.
- Mama pula, gunakanlah pad payu dara semasa bersama papa kerana oxytocin akan menyebabkan susu memancut keluar.
- Untuk pengetahuan papa, ibu yang menyusukan bayinya mungkin akan kekurangan kelembapan pada vagina. Jadi, sediakanlah jeli pelembap untuk mama.
- Kepada mama pula, jangan lupa gunakan perancang keluarga. Adalah penting untuk tidak hamil sekurang-kurangnya setahun selepas kelahiran anak agar tubuh pulih kembali.
- Mama dan papa, cubalah pelbagaikan posisi ketika bersama. Barulah ada kelainan.
- Janganlah tunggu sehingga lewat malam untuk bersama sebab nanti masing-masing sudah penat.
- Kepada mama, beritahulah papa bagaimana untuk papa merangsang mama.
- Mama pula, gunakan jari-jemari mama untuk membelai tubuh papa.
- Mama, jangan fikir papa tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi, beritahulah papa apa yang perlu dilakukan.
- Perlu diingat bahawa hubungan suami isteri bukan hanya sekitar antara pusat dan lutut tetapi keseluruhan tubuh.
- Makanlah ikan salmon kerana vitamin di dalamnya dikatakan mampu meningkatkan libido. Salmon juga kaya dengan protein yang bagus untuk stamina.
- Ketika ingin bersama, malapkanlah lampu. Barulah romantik.
- Jika papa atau mama inginkan belaian tetapi malu untuk bersuara, SMS pada si dia. Nyatakan keinginan anda.
- Minumlah kopi. Kopi dikatakan mampu meningkatkan tahap libido perempuan. Walaupun tidak 100% benar, kafein boleh memperbaiki tahap konsentrasi anda.
- Kalau ingin bersama, tutuplah televisyen dan radio. Biar suasana tenang. Barulah tenteram.
- Jika inginkan muzik, pilihlah yang sesuai.
- Bilik tidur pun mestilah kemas dan wangi.
- Sekali-sekala, ubah susun atur bilik mama dan papa. Baru menarik.
- Sebenarnya, hubungan suami isteri bukanlah hubungan kelamin semata-mata. Yang pentingnya kasih sayang yang suci dan murni.
- Mama, tidak kira apa pun perubahan yang telah berlaku pada diri, jangan rasa rendah diri. Yakinlah pada diri sendiri.
- Untuk membangkitkan ‘mood’ pasangan, hantarlah e-mel yang menyenangkan kepada si dia.
- Mama dan papa, bersenamlah untuk mengekalkan stamina anda berdua.
- Mama dan papa, hargailah pasangan anda.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Buat dua orang cinta hati ummi..
Jangan rebut2 ye..
Ummi tetap takkan pinggirkan siapa2 pun..
Dua2 pun ummi sayang..
Luv u both!!! 😉
p/s sebenonye akhir2 ni.. ilham memang tak suka kalau babah rapat2 ngan ummi.. terus je dia datang kat ummi..tolak babah n peluk ummi.. hehehe..kelakar tengok aksi dia tu.. babah jangan kecik hati ye.. kita try buat yang macam kat atas 😉