Pagi ni ummi dapat tangkap ada kes budak tak puasa..
Budak ni didapati sengaja tak puasa dan dengan selambanya makan di khalayak tak berapa ramai..
Jom kita terjah apa yang dia makan..
Bubur nasi..
dan..
Sup Ikan Siakap Serbaneka
Bahan2nya:
Unsalted butter (untuk menumis)
Sedikit bawang holland (dipotong dadu kecil2)
Seulas bawang putih (dimayang halus)
Sepotong keledek (dipotong dadu)
Sepotong taufu (dipotong dadu)
Sebelah tomato (dipotong dadu)
Sepotong isi ikan siakap (pastikan tak bertulang)
Sedikit daun bawang dan daun saderi
Sesudu ikan bilis yang dilblender
Semangkuk air
Cara2nya:
Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau dengan unsalted butter. Kemudian masukkan sesudu ikan bilis dan tambah semangkuk air. Masukkan keledek untuk pastikan keledek betul2 empuk. Seterusnya masukkan isi ikan siakap, taufu dan tomato. Biarkan mendidih dan masukkan daun bawang dan daun saderi. Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.. dah siap dah sup ikan siakap serbaneka buatan Ummi Ilham.
Suka nampaknya dia makan..alhamdulillah ummi pun gembira..
Nahhhhhhhhhhhhhhhh..
Inilah dia budak yang tak puasa tu..
sembunyi bawah meja sambil makan
Sehingga jam 1.20pm dah 3 kali mengempeng..
harap2 Allah berikan ummi kekuatan untuk menyusukan Ilham sepanjang Ramadhan..
So far alhamdulillah masih bertenaga walaupun macam2 cabaran dia bagi kat ummi..
Tumpahkan air atas meja.. serakkan rumah..layankan aje lah janji dia tak meragam..
Ok.. ummi nak cari idea untuk berbuka pulak..
Till then, selamat meneruskan ibadah puasa anda