Breakfast @ ZnQ Nasi Kukus Ayam Berempah | Projek hari Sabtu, pagi2 babah offer breakfast “Nasi Kukus Ayam Berempah”.. hmmmm umminya pun apa lagi.. cepat2 setujuuuuuuuuuuuu 🙂 Lokasi, Taman Nusa Perintis 2, berhadapan dengan Hotel 88 😉 warung kecil je. Actually, En. Nazir dah selalu je makan kat sini, cuma saya je yang tak pernah makan.
Mula2 sampai.. fuhhhhhhhhh.. semerbak haruman ayam goreng berempah ni.. terus lapooooooooooooooooooooor gilaaaaaaa.. Dalam beberpa minit order, sampailah nasi kukus yang sedap seperti yang digembar gemburkan oleh En. Nazir 🙂
Nahhhhhhhh..
Nasi dalam bungkusan tu.. memang bungkus even makan kat situ.. beserta sambal belacan dan kuah kari 🙂
Jom kita buka sampulnya..
🙂
Itulah dia ayam berempah yang mengembangkan hidung saya dari tadi..
Mula2 bagi peluang En. Nazir makan sepuas2nya.. saya handle Ilham.. lepas dia dah kenyang baru saya punya turn.. Saya dah bagitau awal2, saya nak “menikmati” Nasi Kukus Ayam Berempah ni.. hehehe
Ohhhhh.. saya sedap uolls.. memang sedap ayam berempahnya tu, diganding pulak dengan sambal belacan, acar dan kuah kari. Kuah kari tu nampak je cair meleleh.. tapi rasa mantap. Serious sedap! Recommended!!! 🙂
Bau ayam berempah tu menggugat betullah. Sempat tapaukan Mommy Ngah Ilham jek. Niat hati nak tapau untuk diri sendiri tapi kang, tak masak pulak 😉
Ok, lepas breakfast, saya nak hantar barang untuk customer Shaklee saya Puan ET, bff sekolah.. kami pergilah isi minyak dulu. Sekali En. Nazir baru perasan tayar kereta belakang belah kanan pancit.
Amekawwwwwwwwwww.. 😉
Adakah kerana tuan dan puan kereta terlebih makan?
Ohhhhh.. tidakkkkkkkkkkk 😉
Lepas betulkan tayar kereta berdezup pulak ke rumah Puan ET. Pung pang pung pang.. En. Nazir ajak ke Mydin.. Wahhhhh.. panjang langkah pagi Sabtu tu kan. Belum apa2 hero kechik saya dah selamat tidur setelah dapat upah dari Ummi.. 🙂
Seeeeeeeee.. muncung kemain lagi sampai Singapore hehehe..
Ok lepas settle semua, singgah beli bahan2 nak masak untuk lunch.. Lunch kami hari tu, Ayam masak berempah dan sayur sawi goreng.. tapi bukan macam ayam berempah kat atas tu tau.. sebab plan nak masak kari sekali santan lupa beli, jadi switch to the other recipe..hehehe~
Dari cerita breakfast terus menceceh sampai ke lunch aeh.. hadoiii susah tau nak tunggu puan blog update blog.. jadi redha je la baca cerita “All in ONE” ni.. hehehe~
Till then.. dadaaaaaaaaaaa 🙂
p/s Counting the dayssssssssss.. 3 days to go.. 14 July 2012 anak bujang saya dah nak setahun.. 15 July 2012 insya’Allah majlis nak sarung cincin.. ekeke~
pergh….!! mcm sdp! bler nk bnjer? 😉