L.I Lai.. C.I Ci.. LAICI :p

 

Gambar sekadar hiasan 😉
Sementara boring2 tunggu turn. Sempat melayan budak bertiga ni. Geli hati tengok gelagat masing2. Cik kak yang tengah2 tu tengah bingit. Dia suruh 2 orang lagi tu diam. Lepas tu 3 3 buat muka boring toleh ke depan sambil tongkat dagu. Saya kat belakang tukang gelakkan je. Yang sorang budak lelaki cina ni dia bantai cakap cina dengan yang melayu2 ni. Dah macam aym dengan itik hahaha. Bijak betul budak2 ni.

 

Ok, back to the topic.. Tadi duduk sebelah sorang kakak ni dengan anak dia. Kebetulan saya tengah makan biskut, berilah sekeping kat anak dia. Kesian pulak dia duk tengok je Aunty Heni ni melantak biskut kering (tapi bayangkan tengah kunyah oreo ;)). Sekali sambil2 tu mak dia mengajar anak dia mengeja. Dalam hati saya, bagusnya mak dia ni masa ni dia ambil kesempatan untuk elakkan anak dia boring. Mak pun ajar..

 

”L.I Lai.. C.I Ci..”
Lai.. ci..


Ulang sekali lagi.. (masa dia ulang ni baru saya dengar dengan jelas)

 

”L.I Lai.. C.I Ci..”
Lai.. ci..


Alamak..kakak ini sudah salah. Kenapa ejaannya jadi gitu hehehe. Nak tegur macam over pulakkan. Siapa la saya ni, baru je nak jadi ibu insya’Allah, nanti apa pulak kata dia. Saya pun diam je la. Harap2 kakak tu perasan yang ejaan yang dia ajar kat anak dia tu salah sebenarnya. Anak dia yang tak tahu apa2 tu ikut je la.

 

Hurmmm.. Untuk check up hari ni, doktor kata urine saya kotor sikit la. Dia bagi ubat Amoxycillin Trihydrate makan sebelum makan dan Mixture Potassium Citrate untuk kurangkan masalah tu. Ya Allah.. Macam2 dugaan, tabahlah wahai Hernee 🙂

 

Summary dari check up tadi:


BSP 20/6 – 3.9, 3.3, 3.1, 5.1
Weight – 65.5kg
BP – 100/80
Pulse – 72/mins
Next BSP – 5/6/11
Next SCOG – 6/7/11
Next TCA – 12/7/11


Harap2 tak ada apa2 yang memudaratkan. Seriau juga tadi bila doktor kata ada kemungkinan bersalin awal. Terbang melayang perasaan saya masa tu. Doakan saya dan baby sihat dan selamat ya kawan2 🙂

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!