Get Well Soon Nazame :)

Ni cerita malam semalam. Balik dari kerja menjengah Nazam yang terlantar kat JSH. Kebetulan boss En. Nazir pun admitted sekali jadinya 2 in 1 la ni. Pergi beramai2 dengan Ita, Ada, Zira dan Capt Akashah yang tercicir kat belakang.

Sampai2 je pesakit tengah syok tidur. Bila dah dengar pot pet pot pet maka terjagalah dia. Kesian Nazam, leher dah tak boleh ke kiri tapi sempat lagi nak mengenakan orang. Mula2 sakitnya macam beguk, sekali tak baik2 dan doktor ambil sample tisu kot untuk tahu penyakitnya. Ingatkan saya yang menunggu masa ni, rupanya dia dah check in kat hospital dulu 😉 Kurang sorang kawan bergaduh saya kat opis.

Lepas melawat Nazam, menjengah En.Bahari pulak, lepas tu ada lagi.. En. Fadzly ex-HR staff pun ada juga. Aeh ramai pulak yang sakit saing2. Apa pun saya doakan untuk semua semoga cepat sembuh. Semoga tabah menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya penyakit2 yang di alami tu penghapus dosa2 kecil. Be strong ya! 🙂

Lepas keluar dari hospital kami terus ke Restoran ZZ. Masing2 dah kebuluran tak dinner lagi. Apa lagi berdezup la ke sana. Ohhhh, saya sangat jeles sebab tengok En. Nazir makan mee rebus tulang faveret saya itu disamping Capt Akashah yang makan sup gearbox. Kecur.. kecur meleleh air liur. En. Nazir bagi jamah sikit rasa nikmatnya nyum2. Ohhh.. En. Kambing rindunya saya nak makan awak 🙂 Siap2 makan terus balik sebab dah penat tahap cipan dah rasa. Baby pun pelik, ke mana saja omak den ni merayau tak roti ponat ko 😉 Siap2 bersihkan diri semua, membongkang tak sedarkan diri 🙂

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!