Pengunjung Setia KKGP :)

Pagi ni saya dah berkampung kat Klinik Kesihatan Gelang Patah. Semalam BSP, jadi hari ni sah2 le jumpa doktor. Pestaim ni dapat nombor bawah sepuluh, hari ni turn nombor 9. Kalau tak datang pukul 8 je dah sampai nombor 60. Punyalah berdezup En. Nazir drive tadi hantar saya ke sini sebab dia nak masuk kerja. Nak balik office ni kang saya gunakan khidmat driver ‘teksi tunai’ saya, Che Ayu hehehe.

Ok, cerita pasal BSP semalam. BSP tu apa? Itu le ujian darah, 4 kali sehari (0830am, 1130am, 0530pm, 0830pm) nak tengok kandungan gula dalam badan kita. Inilah rutin saya dari kandungan 3 bulan sampai 7 bulan ni. Masih tabah! 🙂 Apa nak buat family history ada diabetes. Redha je la yek. Bacaan BSP semalam, 3.7, 3.8, 5.4, 3.0. Kalau ikut kata doktor pakar, masih ok lagi, cuma saya kena berhati2 dan mesti turunkan berat badan takut cik diabetes ni melekat sampai lepas bersalin. Mintak dijauhkan la.

Semalam juga saya kena Suntikan ATT (Titanus) dos kedua. Lepas je injection tu rasa macam tak jejak kat bumi pulak hehehe. Rasa letih semacam je, badan kat office hati dah sampai rumah hahaha. Balik relax2 kejap, alhamdulillah segar semula. Malam En. Nazir tolong urutkan kaki, yang dah beransur2 nak mengembang ni. Maybe sebab banyak bergerak dan kat office salah cara duduk kot tu yang perjalanan darah tak betul. Sekarang kat bawah meja kat office saya dah letak kotak, bagi kaki saya landing takut bengkak lagi sakit wooo nak jalan.

Semalam juga (banyak betul peristiwa ye kak hehehe) saya kena kumpul 24hrs urine. Reasonnya saya pernah miscarriage 4 kali dan sekarang diabetes masa mengandung. Jadinya urine dari 7am Ahad sampai ke 7am Isnin saya kena kumpul dan hantar ke lab. Pagi semalam before pergi kerja, En. Nazir bawak saya hantar ‘bahan uju kaji’ tu ke KKGP ni (hambik ko kak, nak sangat sebotol air mineral saya bagi 😉 sila tabah!) Sebelum tu dah ambil darah juga. Dorang nak check la sama ada saya penghidap diabetes tegar dan apa punca miscarriage dulu. Sebenarnya saya dah buat blood test dulu kat specialist clinic and resultnya, saya tak ada apa2 masalah kesihatan serius, ye la mungkin semua dulu tu bukan rezeki saya. Tapi sekarang ni klinik gomen nak wat blood test lagi, layankan je la.

Panjang pulak membebel pagi2 ni kan. Saja layan perasaan supaya tak boring. Duduk depan kipas beso gedabak ni mengantuk pulak mata. Ohhh, nurse dah panggil nak timbang berat ni.. Suspen2.. Hahaha.. Berapa banyak la naik hehehe.. Nanti saya share 😉

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!