Week 28.. Alhamdulillah :)

Fetal Development Pregnancy Info Pregnancy Journey
Alhamdulillah 28 weeks sudah.. another 12 weeks to go.. yeeeeeeeeeeehuuu 🙂 Semoga semuanya dipermudahkan olehNya. Baby pun semakin aktif bergerak sampai bergelombang perut dibuatnya hehehe. Tak sabar nak jumpa baby tapi dalam masa yang sama cuak hehehe. Kat bawah ni info perkembangan fetus untuk minggu ke 28 🙂

 

Perkembangan Fetus – Hamil 28 Minggu

 

lemak uterus mata

Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang – maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini.

Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.

Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.

Bercadang untuk menyusu badan? Jika begitu lihatlah panduan lengkap kami ke enam minggu pertama.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan – walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Related Posts

8 thoughts on “Week 28.. Alhamdulillah :)

  1. aduh terasa-rasa plak perut nie bgerak.. teringat time preggy dulu.. seronokkan kak rasa bby gerak2.. rasa suatu perasaaan yg ssh nak cterkan,.. kiter yg bwk bby nie ar yg dpt rasa nikmatnyaa

  2. alhamdulillah… akak pon same gak join x sabar nk jumpa bb dlm perut tu… dah pilih nama dah ke?

    1. kak jannah>> hehehe..nti leh kwn ngn abg nawfal..hehehe..name dh lame ade..hehehe

  3. bahagia kan jadi seorg ibu.. mmg la ramai org ckp sakitnya bersalin tp bila lepas baby kuar, ada satu perasaan gembira yg mmg kita x dpt nak ungkapkan… Semua sakit2 sebelum tu hilang trus dr ingatan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!