Saya Yang Menurut Nasihat! ;p

[bukti saya memakai stokin dan berselimut ;)]

Thanks untuk kawan2 fb saya dan kawan2 SCFM yang best sebab bagi nasihat dan petua untuk elakkan kejang kaki aka simpul biawak.

Awal2 lagi tadi saya dah sapu minyak Warisan Dakam ni kat betis dan seluruh kaki, lepas tu sarung stokin. Takut malam ni kena simpul biawak lagi. Bila dah berminyak dan berstokin sakan saya pun tutup le kaki tu dengan comforter, sekali hambik ko rimasnya macam bersauna. Rimas pun rimaslah yang penting ”SAY NO TO SIMPUL BIAWAK” hehehe sakit wooooo. Kaki kanan punya effect simpul biawak malam semalam tak habis lagi ni. Rasa macam baru lepas join marathon dia punya kejang.

Antara petua2 yang kawan2 bagi:

1) Sapu minyak sebelum tidur di bahagian kaki (minyak kelapa dara dan seumpama dengannya)
2) Pakai stokin masa tidur
3) Letak bantal kat kaki supaya kedudukan kaki lebih tinggi untuk perjalanan darah yang baik
4) Cari buluh halus, kalau simpul biawak datang ambil buluh halus tu usap kat kaki (thanks Kak Zana.. Tapi tak sempat lagi nak mencari buluh tu.. Yang terbayang cuma rotan cikgu sebat anak murid jek hehehe)
5) Banyakkan minum susu sebab sengal tulang berkait rapat dengan kekurangan kalsium
6) Dapatkan pil kalsium (actually before this memang ambil, start doktor bagi obimin tu terus dia stopkan pil kalsium.. Nanti nak dapatkan nasihat doktor lah)
7) Picit ibu jari kaki atau halakan ibu jari kaki ke arah badan sambil selawat 3 kali.
8) Rendam kaki dengan air suam
9) Lupa pulak..nanti kalau ingat saya tambah lagi.. 🙂

Thanks ya kawan2. Insya’Allah saya akan guna pakai petua2 ni.

Gud nite semua.. Have a sweet dreams 🙂

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!