Kena Cucuk.. Ouchhhh

Kena Cucuk.. Ouchhhh by herneesamshudin
Kena Cucuk.. Ouchhhh, a photo by herneesamshudin on Flickr. (SILA ABAIKAN DIAMETER HIDUNG TUAN BLOG YE ;))

Tadi pagi check up kat Klinik Kesihatan Gelang Patah. Datang macam biasalah tak berapa nak awal, dapat la turn nombor 25. Sempat pergi breakfast dulu lapar sangat rasanya. Lepas breakfast En. Nazir terus hantar semula ke klinik dan dia settlekan urusan lain.

Tunggu punya tunggu, sampai waktu menimbang. Yes! Sangat tak sabar nak tahu berat sekarang. Sekali timbang 60kg sudahhh. Naik 2kg dari bulan lepas. Lepas tu macam biasa check urine and darah dan menunggu lagi turn masuk bilik doktor.

Sampai turn jumpa doktor, check segala bagai, doktor kata baby saya besar. Ukuran perut adalah 29cm, sepatutnya dalam 25 minggu lebih kurang 27cm je. Lain2 semua ok, baby pun sangat aktif berkungfu masa doktor tengah check šŸ˜‰ Estimated baby weight 1086gram. Next month kena jumpa FMS. Doktor tengok result BSP dia tanya saya ”Ni betul2 ke? You tak tipu? Takkan 3.6, 3.6, 4.3, 4.3 pulak?”. Saya terus jawab ”Aeh.. Betul doktor, saya tak tipu, cam tu la resultnya” (dalam hati tak de masa nak nipu doktor oi). Doktor tanya dah kena injection untuk kancing gigi ke belum? Saya kata belum. Dia kata nanti kena injection ya. Gulp! Takutsssss.

Lepas siap semua, doktor suruh tunggu kat luar dia nak siapkan report. Sekejap lepas tu nurse bagi kad dan suruh pergi bilik nombor 16 untuk injection Tetanus (kancing gigi). Berdebar2 pulak rasa dah lama tak kena cucuk. Terus sms En. Nazir, Cdot, Mummy Dasy dan Ita meluahkan rasa penakut hehehe. Tup2 tengah syok sms nombor 25 dipanggil. Huwaaa.. Scary!!!

Masuk je nurse cakap nak cucuk, dia suruh selak lengan baju kiri. Saya terus selak tapi mata tak tengok pun jarum tu. Dasar penakut ko Hernee hehehe. ”Tahan sakit sikit ye” kata nurse tu. Baiklah kakak, saya cuba jadi tabah tapi mulut terkeluar gak ”ouchhhh”. Berdezup rasa ubat tu masuk. Nurse kata nanti kena lagi. Ohhh tabah la wahai Hernee yang penakut hehehe. Demi baby jarum tajam sanggupku hadapi ngeh2. Kata kawan2 nanti rasa lenguh 2 3 hari. Harap2 taklah sampai ‘TER’ambil medical leave ya šŸ™‚

Sedikit info mengenai ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

205 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!