My Name Is Hernee..

Colleagues Ummi Ilham at Work

..not CARRY ME..

Selalu kalau kat telefon memang biasa je melayan orang yang salah sebut nama saya ni. Hernee jadi Hermee (kebetulan memang ada HR Manager nama Hermee).. kadang2 jadi Helmi.. Heni..Hairani.. Oklah juga kan masih dekat2 lagi bunyinya. Saya terpaksa ulang2 nama dan tekankan huruf ‘R’ sampai bergulung lidah sebut nama sendiri. . Tapi kali ni yang bercakap depan mata. Oh tidak! sangat mencabar hokey~~

Sebelum dia tanya nama tu, kitorang memang tengah discuss pasal invoice la apa ke dodol semua tu. Lepas tu dia tanya saya..

Pakcik yang membahasakan dirinya ‘Abang’: Siapa nama awak ek?

Saya: Hernee

Pakcik yang membahasakan dirinya ‘Abang’: Apa? CARRY ME???

..terdiam..

Saya: Aeh takkan la nama saya CARRY ME..

Pakcik yang membahasakan dirinya ‘Abang’: Oh sorry2.. saya ni memang kadang2 ada problem.. (dalam kata lain saya ada masalah telinga :p)

Saya pun tersenyum. Saya tahu yang makcik kat sebelah ni tengah menahan nak gelak je. Lepas dia keluar je dari office. Saya terus bangun dan cakap.. MY NAME IS HERNEE NOT CARRY ME!!!!!

Tapi orang dalam office je yang dengar dia tak dengar pun sebab dia dah masuk lift 🙁

Kadang2 yang biasa call2 tu datang office bila tengok Hernee tu perempuan, dia buat2 terkejut maybe dia ingat nama tu untuk lelaki. Ada juga yang tulis email, “Dear En. Hernee” Oh kesian saya kan. Mereka keliru jantina walaupun saya tak pernah berpakaian lelaki 🙂

Simpati tak kat saya?? Simpati la.. Tolonglah silalah simpati.. hahaha macam pancing undi pulak 😉

Dah tu je nak cerita.. luahan hati seorang Hernee 🙂

[pic credit to google]

Related Posts

2 thoughts on “My Name Is Hernee..

  1. hahahahaha. tergolak eden baco nih. adeke “carry me”? keskes. mahapkan jela pakcik tu. dugaan semasa mengandung je ni. saje nk test kesabaran. ye dok? kekeke. hernee, leen pun kdg2 kena macam ni. tp bukan soal gender la. cumanya nama leen org payah nk menyebut. ada pernah sekali tu, org ni tanya leen, nama apa. bila leen jawab, tahu dia reply apa?

    “ape tu?”

    T____T nanges.

    1. mmg dugaan la leen..hehehe..x sngka kte srupe..nk wat kelas tmbhn la cam ni..ajo sbut name kte..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!