Bila Hero Saya Tumbang.. ;p

Bila Hero Saya Tumbang.. ;p

Originally uploaded by herneesamshudin

Masa kat office semalam hero saya sms dia rasa tak sedap badan. Sekejapan lepas tu dia kata dia demam. Balik kerja pun saya tumpang Ita dia dah tak larat nak datang ambil saya. Sampai je rumah dia tengah terbongkang sambil berselimut. Bila saya rasa suhu badan dia, mak oiiiii panas. Kalau letak telur mahu separuh masak jadinya hehehe tipu2..

Lepas maghrib terus bawa dia ke klinik. Boleh tahan menduga kesabaran juga nak tunggu turn jumpa doktor walaupun orang tak ramai. Dia dah resah gelisah cik esah dah menunggu nama kena panggil. Saya mampu menyabarkan je la sambil picit2kan kepala dan badan dia yang sengal2. Akhirnya kena panggil juga. Doktor check2 lepas tu bagi injection sebab badan panas sangat dan doktor tengok dia macam dah tak larat gila dah masa tu. Macam ni lah hero saya ni, nak demam memang susah tapi kalau sekali demam memang teruklah. Doktor bagi medical leave hari ni. Hari ni hari terbongkang dia kat rumah hehehe. Alhamdulillah, nasib baik saya sihat dapat jugalah bawa dia ke klinik. Get well soon ya En. Nazir 🙂 Semoga dugaan demam ni menghapuskan dosa2 kecil hero saya ni.. Amin 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!