Masak2 dan Makan2 ;p

Semalam pergi kerja asing2 sebab saya nak balik awal. Letih nak menunggu En. Nazir sampai pukul 8 malam. Sempat mengular jengah2 blog Mat Gebu sampai rasa terliur tengok kentang masak sup hehehe. Kentang sup pun nak terliurkan Smile dasar kuat makan. Bila on fb, tengok pula Ceera punya status makan lauk sardin, terus terliur kuasa dua Smile with tongue out

 

Beritahu En. Nazir tentang plan lauk2 ringkas tu. Nasib baiklah tekak En. Nazir boleh layan lauk2 ringkas macam ni. Balik kerja terus singgah kedai, beli kentang, sardin dan ikan tenggiri masin ni. Sampai rumah kelentang kelentunglah sorang2 kat dapur.

 

DSC_9661

 

Ikan tenggiri masin yang digoreng dan diperah limau kasturi.. oh sedapnya~

 

DSC_9667

 

Sardin yang terlebih gaul sampai terhancur sikit..

 

DSC_9670

 

Kentang sup yang terlupa letak telur macam Mat Gebu.. ;p layankan je lah janji boleh hirup kuahnya..

 

Walaupun dah siap awal, tapi kenalah menunggu boss besar balik kerja dulu ya. Sampai je dia kat rumah terus kena kerah mandi sebab perut dah berkeroncong untuk Ana dah. Lepas makan2 beristirehat sambil menonton Kum Kum. Assalamualaikum.. kum.. kum.. Vampire bat

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!