Tabiat Pelik Pak Dollah Bila Tiba Hari Raya.. Makan Kuih Tart Cicah Kuah Asam Pedas..

Apa yang peliknya? Entahlah ek, bagi saya memang pelik tapi tak tahulah bagi orang lain. Raya tahun lepas pun saya ada tayang tabiat pelik dia ni. Tahun lepas mood dia nak makan Kuih Tart cicah sambal tapi tahun ni dia tukar selera “KUIH TART CICAH KUAH ASAM PEDAS” haissssyooohhhhhhh.. tetiba tekak saya jadi kembang hehehe. Saya tak tipu, saya ada bukti kukuh hehehe.
Sila tengok, inilah kuih tart Kak Intan yang jadi mangsa Pak Dollah hari Isnin lepas. Siap turun ke Cafe beli kuah asam pedas lagi punyalah semangat nak makan kuhi tart.

Bayangkanlah kuih tart yang lemak manis tu dimakan dengan kuah asam pedas. Apakah rasanya ek? Apa pula perasaan Pak Dollah masa makan ni??? Saya pun menemuramah..
“Pak Dollah apa rasa makan tu?”
“Uiisssyhhh.. sedap.. tak percaya cuba rasa”
..dan saya pun mengarahkan Pak Dollah untuk sesi fotografi bersama hand phone Chokia saya itu. 
Action… 1.. 2.. 3..
Wajah kebahagiaan Pak Dollah dapat makan kuih tart cicah kuah asam pedas. Selamba kodok je Pak Dollah makan sampai habis.Tunggu raya tahun depan kuah apa pula yang Pak Dollah jadikan pencicah.

Sesiapa yang ada kawan yang sekapal dengan Pak Dollah boleh bagitahu saya tak? Saya nak buat sesi temuramah hehehe.

©Hernee Nazir – Kembang tekak bila ingat hehehe~

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!