Berbuka Puasa Dengan Budak Gendut

Berbuka Puasa Dengan Budak Gendut

Siapa dia budak Gendut yang saya maksudkan tu? hehehe. Dialah Ita, dulu je sejarah hidup dia gendut sekarang tidak lagi hehehe. Dia yang cerita tau bukan saya buat cerita. Sorry Ita terstory mory pulak hehehe.

Dimanakah lokasi berbuka kami semalam? Kami berbuka di Restoran Saujana saja. En. Nazir kerja siang jadi balik kerja saya ajak Ita teman berbuka kat sana. Kami sampai2 pun dah nak dekat waktu berbuka, lepak2 kat office khayal melayan game Sushi Ni Suki yang Ita ajar tu hehehe.
Apa yang kami order..jeng..jeng..jeng..

Mango blended yang sangat menyegarkan..
Tomyam seafood..

Kailan Ikan Masin..

Daging Kunyit

Sotong Goreng Tepung yang boleh melukakan mulut dan mematahkan gigi hehehe..

Keseluruhan makanan semalam ok. Cuma ada kurang sikit dari rasa yang biasa terutamanya tomyam dan sotong goreng tepung. Tomyam tak berapa power sangatlah semalam, masih boleh dimaafkan la bulan puasa kan. Sotong goreng tepung memang keras bangkas sikit. Andaian saya, mungkin diorang dah goreng awal sebab takut terlambat siap memandangkan ramai juga pelanggan yang datang berbuka semalam. Untuk En. Nazir saya tapaukan mee goreng pedas. Memang pedas meletup..tup.. rasa nak terpecah ulser kat lidah ni ha hehehe.

Itu saja cerita berbuka puasa 16 Ramadhan saya.

©Hernee Nazir – Tak sabar nak berbuka puasa di Restoran Ubi Kayu petang ni bersama2 kawan2 office dan kawan fb, N yang baru pertama kali nak berjumpa 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!