Menu Berbuka Hari Ke 4

Anything About Me My Hero Beso Ramadhan Al-Mubarak Recipes Santapan Ramadhan
..sangat lambat nak mengupdate, orang dah buka sampai hari ke 7 saya baru nak cerita juadah buka puasa hari ke 4.

Puasa hari ke 4 kami berbuka dengan Nasi Goreng Udang. Dalam peti sejuk ada 5 ekor udang ni, jadi terus rasa nak makan nasi goreng pulak.

Inilah Nasi Goreng Udang saya tu. Buat lebih, simpan untuk sahur sekali πŸ™‚ Nasi Goreng Udang cara saya macam yang kat bawah tu.

Bahan2:

Semangkuk Nasi
10 biji cili padi (ditumbuk)
1/2 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Segengam ikan bilis (ditumbuk)
4 batang kacang panjang (dipotong halus)
1/2 biji carrot (dipotong dadu kecil2)
Udang 5 ekor (digoreng dahulu dengan butter)
Garam, ajinomoto
Minyak masak

Cara2nya:

Goreng udang dengan butter separuh masak dan asingkan. Tumbuk semua perencah yang perlu ditumbuk. Tumiskan perencah hingga naik bau dan masukkan udang tadi Gaul sehingga sebati dan biarkan seketika dan masukkan carrot dan kacang panjang. Selepas itu, masukkan nasi dan gaul hingga rata dan akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa (ooopppsss puasa tak boleh merasa..agak2 je la ye)
En. Nazir sempat membeli Ayam Percik dan Paru-paru Sambal. Paru tu saya yang kirim hehehe. Hati memang terpikat dengan Paru2 sambal Kak Jah. Kalau beli tempat lain pun kira masih teringat2 rasa yang ni hehehe.
En. Nazir request nak minum Sirap Bandung Soda, tapi dia terlupa beli Ice-cream Soda saya postponed esoknya je yang hari tu saya just buat Sirap Bandung Selasih. Maka dua harilah kami minum air yang sama masa berbuka cuma tambah ice cream soda jek hehehe.

Itu je πŸ™‚

Β©Hernee Nazir – Entri juadah berbuka berderet2 hari ni.. harap maaf πŸ™‚

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!