16 Mei 1981 – 16 Mei 2010 = 29 Tahun

My Birthday
16 Mei 1981 – 16 Mei 2010

29 tahun..
Terima kasih Allah meminjamkan nafas ini selama 29 tahun tanpa gagal. Terima kasih di atas ujianMu. HambaMu ini selalu tersasar dari landasanMu. Ampunkan segala dosa2ku dan Kau panjangkanlah umurku agar aku bisa beribadat dan mengabdikan diriku padaMu. Permudahkanlah segala urusanku dan kurniakanlah aku rezeki yang halal.
Terima kasih bonda dan ayahanda kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik anakmu ini. Hanya Allah yang akan membalasnya. Semoga Allah mengampunkan dosa2 bonda dan ayahanda. Jasa kalian tak terbalas dan tak mungkin bisa dinilai dengan emas dan permata. Buat ayahanda, selagi mampu anakanda akan cuba membahagiakan ayahanda. Buat bonda, semoga tenang di sana, doa anakanda titipkan untuk bonda tercinta. Al-Fatihah.
Terima kasih suami yang menerima diri ini seadanya. Terima kasih kerana menyanyangi isteri yang serba kekurangan. Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Jangan pernah menyesali segala ujian Allan untuk kita, mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik.
Terima kasih adik2, saudara mara, kawan2 di atas doa kalian..

Terima kasih semua..
+++
Selamat Ulangtahun juga buat kembar tarikh lahir saya Puan Suzila Abas dan Cikgu Hayati semoga panjang umur dan sentiasa berada dibawah rahmat Illahi.
+++

©Hernee Nazir – 29 tahun yang lepas seorang ibu sedang menyabung nyawa demi melahirkan puteri sulong hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta. Kebahagiaan bersama puteri sulongnya hanya dapat dikecapi selama 28 tahun 10 bulan 7 hari. Kini, tiada lagi ucapan “Selamat Ulangtahun” dari bonda tercinta. Saya rindu 🙁

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!