Happy Teachers’ Day

Selamat Hari Guru
16 Mei 2010
“Guru Pembina Negara Bangsa”
Buat semua insan yang bergelar guru terutamanya guru2 dan pensyarah di SK Tanjung Kupang, SA Tanjung Kupang, SA Morni Pok, SMK Tanjung Adang, SMK Sultan Ismail, Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah Melaka. 
Jasa2 kalian mendidik saya tak dapat saya balas. Semoga penat lelah cikgu2 dan pensyarah akan dibalas di akhirat kelak oleh Yang Maha Esa.
Tak dilupakan buat Cikgu Maslinda, Cikgu Mohd Khalid, Cik Noor ‘ Ain. Semoga sentiasa tabah dan ikhlas mendidik anak bangsa.
Terima kasih cikgu!

Kenangan terindah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Gelang Patah, Johor dan dilantik menjadi Guru Tingkatan 6 Rendah 1. Merekalah anak murid saya dan mereka jugalah kawan2 saya. Terima kasih semua sebab bagi saya satu pengalaman yang indah sebagai guru. Alhamdulillah, walaupun tak lagi bergelar guru, tapi masih ada yang tetap memanggil “Cikgu Hernee” sampaikan ada masanya saya yang jadi malu nak menyahut kerana saya fikirkan saya masih belum layak dipanggil cikgu.

Pernah bersama2 guru2 lain menyampaikan lagu ini. Terasa indah dan nikmat menjadi guru meresap dalam diri.
Lirik Lagu Kami Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
+++++

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





©Hernee Nazir – Bilalah impian nak dapat KLPI menjadi kenyataan.. 🙂

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *