Rasa Macam Dapat Mata Baru ;)

Nampak kelainan pada mata saya? ;p
[Sila abaikan muka saya dan tudung yang tak matching langsung dengan t-shirt..dapat spec baru terus jadi buta warna..hehehe]
Inilah cermin mata baru yang saya war2kan dalam entri ini. Thanks to En. Nazir yang tolong ambil cermin mata ni kat Kip Mart tu semalam. Macamana ok tak? Sesuai tak dengan bentuk muka saya hehehe~ Ok ke tak dah jadi milik saya tak boleh nak tukar lagi dah. Saya ni tak memilih berjenama ke tak berjenama janji kualiti nampak ok, saya beli je la. Harga pun tak lah mahal sangat.

Spec lama ni sangat2 berjasa selama 2 tahun. Spec ni sebenarnya saya beli kat Danga Bay masa zaman bercintan cintun dengan En. Nazir. Terus terang cakap la, modal nak buat spec ni cuma RM210 sahaja. Bingkai spec ni En. Nazir belikan saya dengan harga RM10. Dia cair dengan pujuk rayu saya yang nak juga bingkai ni hahahaha. Masa tu setakat keluar RM10 depan awek alahai macam kuar 1 sen je kikikiki. Beli dengan orang Thailand ke apa yang jual kat Danga Bay tu ha. Lepas tu tengok ok je, saya bawak pergi kedai cermin mata then beli la cerminnya dengan harga RM200 hehehe~ Alhamdulillah bingkai RM10 ni tak meragam selama lebih kurang 2 tahun. Padahal saya tak la menatang spec ni bagai minyak yang penuh pun. Spec ni masih saya simpan kat rumah, sayang woo nak buang. Nanti spec tu nangis buat karangan “Aku Sepasang Cermin Mata” kang macam karangan kita masa zaman2 sekolah dulu hehehe~

Harap2 spec ni tahan lama la sekurang2nya 2 tahun macam spec lama tu. Tahap kerabunan saya dah bertambah lagi. Kalau dulu 500++, kali ni dah jadi 600++ tapi masa check tu sales assistant tu kata still boleh adjust. Saya tak berapa gemar nak pakai contact lens, mata ni rasa macam berterabur je. Kesepetan mata tu pun bertambah2 nampaknya. Masa kahwin tu tahan je la pedih mata tu.

Pakcik sorang lagi tu pun rabun ayam macam saya gak. Tapi dia ni agak tak sedar diri sikit la. Dah rabun tak nak mengaku rabun hahaha~ Ampun kan dinda ya kanda. Ni ayat balas dendam sebab dia kenakan saya bertubi2 dalam entri blog dia hehehe~

Dah penat menceceh sambung next entri.

Stay tuned! 🙂

[auto publish]
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *