Pagi semalam hujan lebat nak pergi kerja, payung pula entah ke mana dicampak dek En. Nazir. Sudahnya berhujan keluar masuk kereta. Sebagai pemandu yang konon2nya berhemah, dalam hujan lebat ni kena la on lampu. Kang kalau bergelap bahaya pula, mata pun tak berapa nak terang.
“Kak, lampu kereta akak tak off la”
Dengan terkejut beruknya, saya pun terus letak telefon dan turun semula ke parking lot.
Hahh, sah memang tak off pun lampunya. Nasib baik Akma perasankan, dan nasib baik juga dia kenal kereta En. Nazir ni. Kalau biarkan sampai ke petang mahunya menolak kereta saya petang semalam. Ditambah pula dengan khutbah Jumaat tuan punya kereta hehehe~
Cuai betul kadang2. Nak cepat punya pasal semuanya dilupakan. Hernee.. Hernee.. bilalah nak berubah ;p
Thanks to Akma!